بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Merenung Air Kolam Renang

Hajat di hati tinggal di hotel untuk bagi Aina dan Aidan bergembira mandi-manda di kolam renang. Tetapi apakan daya tiba-tiba sahaja kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang turut tidak membenarkan kemudahan-kemudahan di hotel-hotel dibuka kepada para tetamu untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.

Animation Aidan is contemplating the pool water. You can't take a shower because the Movement Control Order 3.0 (PKP) prohibits facilities from opening in hotels.
Animasi Aidan sedang merenung air kolam renang. Nak mandi tak boleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) melarang kemudahan dibuka di hotel. # Thursday, 20 May 2021, 13:26 # 20210520 # VID_20210520_132559-ANIMATION # Cyberview Lodge Resort & Spa #

Pada waktu malam kami keluar ke McD berdekatan untuk beli makan malam. Boleh bungkus sahaja pada musim Covid-19 ni. Macam biasa beratur panjang di pandu lalu. Kemudian kami hanya duduk dalam bilik sahaja sambil menonton televisyen. Boleh sahaja nak melepak di tepi kolam renang pada waktu malam ini tetapi suasana sunyi kerana tidak ramai orang yang menginap di sini.

Animation Aidan reads a book from the purchase of a McD Happy Meals set.
Animasi Aidan sedang membaca buku hasil pembelian set McD Happy Meals. # Thursday, 20 May 2021, 23:00 # 20210520 # VID20210520225950-ANIMATION # Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya, Malaysia #
Animation of Aina running around in the Poolside Chalet room we rented. Spacious room for jogging. It's 11:30 pm and I still don't want to sleep.
Animasi Aina main lari-lari dalam bilik Poolside Chalet yang kami sewa. Bilik luas boleh main lari-lari. Dah jam 11:30 malam masih belum mahu tidur. # Thursday, 20 May 2021, 23:28 # 20210520 # VID20210520232834-ANIMATION.gif # Cyberview Lodge Resort & Spa #

~20210520~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih