بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kadangkala baca pasal kereta ini memang memeningkan kerana ada istilah yang tidak berapa difahami. Jadi Tedi akan kaji dan rekodkan di sini:

  1. Coupe
  2. Hatchback
  3. Sedan / Saloon

Coupe

Coupe atau coupé adalah kereta penumpang dengan garis atap belakang yang landai atau terpotong dan hanya mempunyai dua pintu. Istilah coupe pertama kali digunakan untuk kereta kuda untuk dua penumpang tanpa tempat duduk menghadap belakang. Ia berasal dari terjemahan Perancis "cut". [Coupe - Wikipedia]

Walaupun hanya 2 pintu tetapi kereta coupe boleh juga mempunyai tempat duduk belakang. Bahagian kargo dipisahkan dari bahagian penumpang.

Rekaan coupe ini selalunya dipakai pada kereta mewah dan sport.

Hatchback

Hatchback kalau diikutkan adalah jenis kereta yang hanya ada 2 bahagian iaitu bahagian enjin dan bahagian penumpang. Bahagian kargo berkongsi dengan bahagian penumpang. Ini bermakna kita boleh ambil barang di belakang dari tempat duduk penumpang.

Bumbung akan berakhir di bahagian kargo. Tidak seperti coupe yang bumbung berakhir di bahagian penumpang.

Jadi Subaru XV adalah sebuah hatchback.

Sedan / Saloon

Sedan, atau saloon (Inggeris British) adalah kereta penumpang dalam konfigurasi 3 bahagian dengan ruang berasingan untuk enjin, penumpang, dan kargo.

 


~20210507~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


# jenis jenis kereta {96} jenis kereta {75} #