[20210317] Servis percuma terakhir dan tukar bearing belakang Subaru XV STI 2021

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Aduhai macam mana pula Tedi boleh terganti kandungan kiriman ini dengan benda lain pula? Nasib baiklah jumpa gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini. Tedi akan cuba olah semula mengikut apa yang Tedi ingat.

Selenggara 80,000 Kilometer

Master telah membawa kereta Subaru XV ke SS Auto Venture Bandar Baru Bangi untuk servis percuma terakhir. Sepatutnya kereta Subaru XV kami itu mendapat servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 kilometer perbatuan, mengikut yang mana lebih awal.

Silap Master tak hantar servis mengikut bilangan bulan, akhirnya rugi 20,000 kilometer termasuk servis major. Servis 80000 ini pun major jadi Master tidak berasa terlalu ralat.

Tambahan pula memang tertangguh penghantaran kereta Subaru XV STI ni untuk diservis kerana Perintah Kawalan Pergerakan sempena penularan wabak Covid-19.

Tukar Bearing Belakang Subaru XV Sepasang

Selain itu Master meminta pihak SS Auto Venture untuk periksa bearing tayar belakang kereta Subaru XV itu. Mereka kata sebelah sudah rosak manakala sebelah lagi bakal rosak.

Master pun meminta mereka menukar kedua-dua bearing tayar belakang Subaru XV itu takut-takut jika ditangguhkan tukar bearing tayar bakal mengundang malapetaka kerana ada pengguna Subaru XV yang kereta Subaru XV mereka tiba-tiba berhenti kerana sensor mengesan masalah bearing kereta rosak.

Salah-satu tanda yang menunjukkan bearing tayar Subaru XV bermasalah ialah ada bunyi seperti bunyi motosikal di sebelah tetapi apabila diintai tiada motosikal pun.

Ini berbeza dengan tanda bearing kereta rosak pada Proton SAGA BLM yang akan kedengaran seperti bunyi helikopter. Nampak gaya Proton SAGA BLM lebih canggih berbanding Subaru XV STI hehehe.

Butiran Bengkel:
SS Auto Venture (Subaru Bangi Service Center)
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tarikh: 20210317 (Rabu)
Kenderaan: Subaru XV STI (2015)
Item Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
Rear Wheel Bearing 2 397.00 794.00
Nut 2 21.00 42.00
Labour Charge 1 - 80.00
SST - - 4.80
GRAND TOTAL (RM) 920.80
Gambar resit tukar bearing tayar belakang Subaru XV STI tahun 2015.
Wednesday, 17 March 2021 | 12:58 | GMT+08:00
Xiaomi Redmi Note 5A | 20210317
IMG_20210317_125805.jpg

~20210317~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

⌂ Home

Popular