بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini sampai rak sidai tuala dan sejadah berwarna putih untuk diletakkan di bilik bawah.

Sudah ada yang bertemakan kayu tetapi Mummy nak jadikan bilik itu tema putih.

Master memasang rak kayu tersebut sambil dibantu oleh Aina dan Aidan.

Animasi kak Aina mengajar adiknya si Aidan bagaimana memasang skru rak sidai tuala dan sejadah berwarna putih yang baru sahaja sampai di rumah kami. Kelakar pula menyaksikan gelagat mereka bagaikan kontraktor bangunan berbincang bagaimana nak siapkan projek. # Saturday, 21 November 2020, 16:16 # 20201121 # VID_20201121_161637-ANIMATION.gif #

Ye, ini ketika mereka berbaik-baik maka nampaklah kecerdasan fikiran kak Aina, kalau tak asyik nak berbalah nak menangis menjerit sahajalah.

gambar animasi budak lelaki sedang makan nasi
Yeay, selepas penat memasang rak sidai sejadah dan tuala, perut mestilah lapar. Aidan makan dulu ya. # Saturday, 21 November 2020, 17:34 # VID_20201121_173342-ANIMATION.gif # 20201121 #

Mummy selalu tanya kenapa sudah lama tidak kirim rencana mengenai Aina dan Aidan. Ya, bahan agak banyak tetapi nak menaipnya tu bukan senang. Jadi mungkin ini adalah tema baru, Tedi kongsikan sahajalah gambar biar sahaja ia yang bercerita.

Tetapi nak kongsikan animasi sebegini menuntut kos yang agak tinggi di mana saiz gambarnya adalah besar seperti gambar ini makan saiz 3.6 MB! Tidak bagus untuk fokus interpretZZ iaitu untuk tatapan di telefon pintar. Tapi manalah tahu kan nanti pada zaman 5G dan seterusnya saiz gambar sebegitu adalah biasa-biasa sahaja. Sementara blogger masih percuma ini kita muat naik sahajalah.

Tedi dah mengantuk ni. Lain kali jika ada rezeki Tedi akan kemaskini kiriman ini.


~20201121~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih