Erm, sebenarnya ini adalah berita yang Tedi tidak berapa gemar nak dengar kerana pemain ini terpalit dengan kontroversi ketika bersama skuad Pahang F.A.

Jadi bagi Tedi jika ada semangat kesukanan dan kesatuan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia maka Kedah F.A. patutnya terasa sama kesan daripada kontroversi oleh pemain Sumareh ini umpama cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.


ALOR SETAR: Pemain sayap kebangsaan, Mohammadou Sumareh difahamkan sedang dirisik pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

Perkara ini disahkan oleh sumber terdekat Lang Merah yang mengakui sedang berunding dengan pemain naturalisasi pertama negara itu yang difahamkan masih belum diikat oleh mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) setakat ini.

Namun, Kedah mungkin terpaksa bersaing dengan beberapa lagi pasukan yang berminat menandatangani pemain yang lebih dikenali sebagai 'Keli Boy' itu.

"Kedah kini sedang merisik Sumareh sebagai persiapan untuk musim depan dan tidak mustahil jika dia dapat beraksi bersama Kedah, namun buat masa ini, masih di peringkat merisik.

"Bagaimanapun, bukan sahaja Kedah, tetapi beberapa kelab lain Liga M juga sedang berusaha keras bagi mendapatkan khidmat Sumareh selepas dia belum diikat oleh mana-mana pasukan," katanya. Sebelum ini, Sumareh telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Selangor selepas kontrak yang ditawarkan oleh FAS kepada bekas pemain Pahang ini 'bocor' dan tersebar di laman media sosial serta mengundang berbagai persoalan.

Namun perkara itu reda selepas Selangor FC mengesahkan pemain sayap kebangsaan itu tiada dalam perancangan Red Giants musim hadapan sekali gus situasi ini membuka peluang kepada pasukan lain untuk merebut pemain negara yang meledak enam gol dalam 19 penampilan bersama Harimau Malaya sejak 2018.

Menurut rekod pemain berusia 26 tahun kelahiran Gambia ini memulakan kariernya di Liga M dengan menyertai pasukan PDRM pada musim 2013 sebelum berhijrah ke Perlis ada 2016 dan kemudiannya menyertai skuad Tok Gajah Pahang bermula 2017.

Bagaimanapun, pada Setember lalu, media melaporkan beliau beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Police Tero dan hanya mengikat kontrak selama enam bulan bersama pasukan itu.

Oleh Izzali Ismail

December 12, 2020 @ 6:11pm

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/12/764387/kedah-tagih-khidmat-sumareh 

20201212