بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Star Central @ Cyberjaya

 Master ke pejabat baru beliau di Star Central Cyberjaya untuk set akses fizikal supaya beliau boleh masuk ke pejabat tersebut sebaik sahaja berpindah nanti.

Akses fizikal tersebut menggunakan kad pintar dan juga cap jari. Alhamdulillah urusan Master selesai dalam masa yang singkat.

 

Ada makhluk halus di Star Central?

Sambil selesaikan urusan beliau, kawan-kawan sepejabatnya bertanya jika ada apa-apa perkara pelik di Star Central? Soalan direct ialah "ada hantu tak?".

Ada, jawab staf yang telah lama bekerja di situ.

Ceritanya pada suatu senja iaitu waktu Maghrib, masih awal lagi, tak terlalu lewat sangat, makcik tersebut mahu pulang ke rumah.

Dia menggunakan lift dan apabila keluar sahaja lift, pintu kayu yang berat di luar lift itu, terbuka dengan sendirinya... jeng jeng jeng...

Esoknya makcik itu pun demam dan selepas itu beliau tidak balik pada waktu Maghrib lagi.

 

Gambar kadar bayaran tempat letak kereta di Star Central @ Cyberjaya
Gambar kadar bayaran tempat letak kereta di Star Central @ Cyberjaya # Thursday, 10 September 2020, 11:05 # 20200910 # IMG_20200910_110542.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Kadar letak kereta Basement:

Tempat letak kereta Basement terletak di bawah tanah, khusus untuk rakyat marhaen yang melata di muka bumi.

  • 1 jam pertama RM 2.
  • 1 Jam berikutnya RM 1.
  • Kadar maksimum sehari 12 pagi hingga 6 pagi : RM 7.
  • Ahad atau cuti umum: RM 3 sekali masuk.
  • Tiket hilang RM 20.
  • Kapit tayar RM 50.

Kadar letak kereta Podium:

Tempat letak kereta Podium terletak di aras atas, mungkin boleh digelar tempat letak kereta kayangan, sebab khabarnya parking podium ni khusus untuk bos-bos sahaja.

  • 1 jam pertama RM 2.
  • 1 Jam berikutnya RM 1.
  • Sekali masuk 5 petang hingga 6 pagi : RM 3.
  • Ahad atau cuti umum: RM 3 sekali masuk.
  • Tiket hilang RM 30.
  • Kapit tayar RM 50.

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm