بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm


Pada tahun 2020 ini wabak Covid-19 telah melanda dunia, tidak terkecuali negara Malaysia ini.

Rakyat Malaysia telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati.

Salah satu masalah yang muncul akibat Perintah Kawalan Pergerakan ialah manusia tidak boleh bekerja di pejabat seperti biasa.

Hal ini sekaligus menghalang urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan, kerana pelanggan dan penyedia perkhidmatan masing-masing tidak dapat bergerak.

Tetapi sebenarnya Covid-19 ni membawa rahmat kepada manusia. Ia menyedarkan manusia bahawa tidak semestinya kedua-dua pihak perlu bertemu. Urusan perniagaan sebaliknya boleh dijalankan di atas talian.

 

Takaful Ikhlas hubungi Master

Tiba-tiba sahaja Takaful Ikhlas hubungi Master, menawarkan kepada Master pilihan untuk memperbaharui insurans kereta menggunakan email.

Setelah Master bersetuju dengan pilihan tersebut, bahagian khidmat pelanggan Takaful Ikhlas menghantar sebut harga insurans kereta melalui email kepada Master.

Sebenarnya boleh sahaja perbaharui insurans kereta melalui laman web Takaful Ikhlas, tetapi pakej yang ditawarkan tidak komprehensif seperti yang ditawarkan melalui email.

Tidak pastilah kenapa begitu tapi tidak menjadi masalah buat Master kerana berurusan melalui email sudah memadai.

Master semak sebut harga polisi insurans kereta yang dikemukakan, dan meminta penambahan perlindungan bencana alam.

Pegawai khidmat pelanggan tersebut kemudian membalas dengan dua sebut harga berbeza. Master pilih salah satu dan kemudian pegawai khidmat pelanggan Takaful Ikhlas tu hantar cara-cara membuat bayaran.

Master membuat bayaran menggunakan Maybank2U dan kemudian mengemukakan bukti pembayaran kepada pihak Takaful Ikhlas.

Transaksi ini berakhir dengan pihak khidmat pelanggan Takaful Ikhlas menghantar dokumen nota perlindungan kepada Master juga melalui email.

 

Tamat sudah bab pembelian insurans kereta, hanya perlu perbaharui cukai jalan kereta Subaru XV tu pula.

 

Ditolak MyEG TESCO Nilai

Memandangkan dah beli insurans, kini nak kena perbaharui cukai jalan kereta (roadtax) sahaja. Master teringat ada ejen MyEG di TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai.

Master pun pergilah bertanya di sana boleh perbaharui cukai jalan tak. Dukacita ejen MyEG tu kata tak boleh sebab bekalan roadtax yang mereka ada sangat terhad.

Nak marah pun tak guna. Itu hak mereka, dan hak Master pula selepas ini takkan berurusan dengan mereka. kan? Bak kata pepatah pinggan tak retak, nasi tak dingin.

 

Perbaharui cukai jalan di portal MyEG

Memandangkan nak guna ejen pun dah tak dilayan, maka Master pun fikirlah mana nak perbaharui cukai jalan kereta Subaru XV tu.

Fikir punya fikir, akhirnya Master cuba gunakan portal MyEG pada 20200710.

Tedi tekankan "cuba" sebab Master risau MyEG pun tak layan jika kita dah beli insurans kereta. Selalunya cukai jalan ni Master memang perbaharui di HQ Takaful Ikhlas sahaja.

Alhamdulillah, rupa-rupanya di portal MyEG memang kalau perbaharui cukai jalan (roadtax), mereka perlukan insurans kereta. Mungkin sebab Master dah beli insurans kereta maka sistem portal MyEG ni terus paparkan maklumat insurans kereta Subaru XV kami dan tawarkan pilihan untuk perbaharui cukai jalan kereta sama ada untuk 6 bulan atau 1 tahun.

Rugi kalau perbaharui cukai jalan 6 bulan, perbaharui sahaja 1 tahun.

 

Kos Perbaharui Cukai Jalan Subaru XV 2020

Insurans kereta: MYR 1,293.95 (satu ribu dua ratus sembilan puluh tiga Ringgit Malaysia dan sembilan puluh lima sen)

Cukai Jalan: MYR 447.28 (empat ratus empat puluh tujuh Ringgit Malaysia dan dua puluh lapan sen) 

20200720