Kami ke kebun Tok dan Tokki yang bertempat di Jalan Dato Seti.

Sebelum itu kami singgah ke TMG untuk beli baju budak-budak buat Aina dan Aidan.

Ini adalah kerana beg baju Aina dan Aidan telah tertinggal di rumah. Yang ada cuma baju tidur mereka.

Malangnya susah nak dapat baju kanak-kanak yang sesuai buat Aina di Serting ni, tiada pilihan yang menarik.

Potong Rumput

Di kebun Tok dan Tokki, Pak Su memotong rumput menggunakan mesin rumput.

Master turut mengambil peluang itu untuk mencuba mesin rumput. Ternyata mesin rumput tidak senang macam dilihat. Tapi ia masih pengalaman yang bagus cuma mungkin perlukan lebih banyak masa untuk menguasai teknik yang betul.

Alah bisa tegal biasa, ye tak?

Jenis Mata Pemotong Mesin Rumput

Semasa Master cuba guna mesin rumput tu Master telah menggunakan 3 jenis mata yang berbeza.

Maksud "mata mesin rumput" ialah alat yang dipasang pada mesin rumput untuk memotong rumput. 

Selalunya mata mesin rumput menggunakan bilah besi (pisau) yang akan berpusing untuk potong rumput.

Master guna 2 jenis bilah pisau iaitu yang tebal dan kurang lebar, dan yang nipis dan lebar sedikit. 

Mata mesin rumput ketiga yang Master cuba gunakan ialah menggunakan bilah plastik halus.

Kelebihan kekurangan setiap jenis mata pisau mesin rumput

Setiap mata pisau mesin rumput itu ada kelebihan dan kekurangannya.

Mata pisau besi tebal dan kurang lebar kelebihannya ialah ia kuat boleh memotong kayu-kayan. Kekurangannya ialah ia kurang berkesan memotong rumput dan cepat tumpul.

Mata pisau wayar plastik pula ringan, dapat merangkumi kawasan yang lebih luas dan sangat berkesan memotong rumput. Masalahnya ialah mata pisau wayar plastik ini selalu tercabut jika kita terlanggar objek keras seperti kayu.

Mata pisau besi nipis dan lebar. Master katakan bahawa mata pisau ini paling bahaya. Ia menyebabkan gegaran kuat seolah mahu terbang menyebabkan mesin rumput sukar untuk dikawal. Kelebihannya ialah ia lebih tahan lasak berbanding mata pisau plastik, dan pebih berkesan memotong rumput berbanding mata pisau besi tidak lebar. 

Perlukan lebih banyak masa untuk mahir kawal mata pisau nipis lebar ni. Hati-hati gunakan mata pisau nipis lebar ni jangan terkena kaki sendiri.

Itulah pengalaman Master cuba mesin rumput menggunakan 3 jenis mata pisau mesin rumput yang berbeza iaitu mata pisau besi tebal tidak lebar, mata pisau besi nipis lebar, dan mata pisau wayar plastik pada 20200804 hari Sabtu dinkebun tokki dan tok.