بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berusaha Berjaya adalah sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh munsyid Hijjaz dari Malaysia. Tedi sukakan lagu ni sebab ia macam janji bersama kawan-kawan untuk sama-sama berusaha untuk berjaya.

Lagu ini juga mengingatkan kita tentang keseimbangan di antara usaha untuk dunia dan juga akhirat. Walau apa pun ia mengajar kita agar bersungguh-sungguh berusaha sama ada untuk dunia atau akhirat.

By the way, usaha dunia jika diniatkan kerana Allah sudah menjadi urusan akhirat kerana kita mencari keredhaan-Nya.

Lagu ini juga ajar kita bahawa untuk berjaya dimulakan dengan cita-cita diikuti dengan usaha (kita mengejarnya) dan tawakkal (berserah diri kepada Allah ~ kita pun berdoa agar semua usaha kita diberkati).

Kita kena hindarkan kemalasan, kena yakin diri (jauhilah rasa rendah diri).

Lirik lagu Berusaha Berjaya ini juga memasukkan pepatah Bahasa Melayu, "yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang".

Lirik Berusaha Berjaya

Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kita pun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

 

Gambar senarai lagu dalam album Cahaya Illahi oleh Hijjaz
Lagu digubah oleh Isman Isam, manakala lirik oleh Ito Lara. Berusaha Berjaya adalah salah satu lagu daripada album Cahaya Illahi tahun 1997.

Tedi sangat sukakan lirik lagu Berusaha Berjaya ini. Tahniah kepada penulis lirik Ito Lara. Melodi lagunya juga sedap oleh Isman Isam, salah seorang ahli kumpulan Hijjaz sendiri. Alhamdulillah.

20200705