بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Petang tadi semasa Mummy sibuk memasak di dapur, dan Master pula sedang mengambil kain cucian untuk disidai, tiba-tiba sahaja Aina menjerit dengan sedikit pelat

Mummy, mummy.. adik panjat.. adik panjat

Mummy biarkan sahajalah dulu sebab memang hobi adik (Aidan) tu memanjat sana sini.

Kotak mainan dipanjat. Sofa dipanjat. Rak almari dipanjat. Grill pintu pun dipanjat.

Tetapi apabila dijenguk. Uish terkejut beruk dibuatnya.

Aidan dah duduk atas meja makan sambil tuang air ke lantai!

Dia panjat kotak mainannya untuk naik atas kerusi sebelum dia panjat meja makan berwarna putih tersebut.

Umur bayi lelaki tersebut ialah 1 tahun 1 bulan dan 28 hari.

 


~~~20200725~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm