بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Buat hal pula Redmi Note 5A Prime ni

Hari ini telefon pintar Master si Xiaomi Redmi Note 5A Prime tu buat hal pula tak mahu hidup, walaupun ada paparkan logo Mi dan kadar cas bateri sebanyak 36%.

Hard Reset Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime

Hasil carian Google mengatakan boleh hard reset untuk hidupkan telefon pintar Redmi Note 5A tersebut.

Cara untuk hard reset telefon pintar Xiaomi redmi Note 5A Prime ialah dengan menekan butang kuasa dan butang kuatkan suara secara serentak. Apabila logo Mi keluar, lepaskan tekanan ke atas butang kuasa sambil kekalkan menekan butang kuatkan suara.

Master cuba beberapa kali namun hampa.

Gambar telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Malaysia.
Inilah rupa telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime yang dibeli Master dua tahun dua bulan lalu dengan harga RM 599.

Masalah Bateri atau Motherboard?

Selain itu ada juga kiriman di internet yang menyatakan masalah itu berpunca daripada masalah bateri, dan boleh jadi juga motherboard telefon pintar itu telah rosak.

Harga dan Kos Penggunaan Telefon Pintar Redmi Note 5A

Jika diperiksa semula melalui kiriman Tedi bertajuk Bermula era Redmi Note 5A Prime, umur telefon pintar Redmi Note 5A Prime tersebut kini baru mencecah 2 tahun 2 bulan.

Dan apabila diperiksa semula melalui kiriman bertajuk Tempah Xiaomi Redmi Note 5A Prime dari Lazada, harga telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime ini ialah RM 599 (lima ratus sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia).

Kos untuk memotong kad SIM pula ialah RM 5 (lima Ringgit Malaysia).

Maka untuk harga RM 604 (enam ratus empat Ringgit Malaysia), telefon ini hanya bertahan 2 tahun 2 bulan (50 bulan), bermakna kos sebulan ialah RM 12.08 sebulan (dua belas Ringgit Malaysia dan lapan sen).

Kos setahun menggunakan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime ialah RM 302 setahun (tiga ratus dua Ringgit Malaysia).

Mahal juga setahun habis RM 302 untuk telefon sahaja. Lebih baik beli tayar kereta ka, tayar basikal ka, atau beli mesin basuh.

Adakah Telefon Pintar Redmi Note 5A dicipta untuk musnah sendiri?

Tapi apa nak buat pada zaman sekarang ni banyak nak gunakan telefon pintar ni. Syarikat pengeluar telefon pintar pun pandai, mungkin mereka letak bom detik dalam telefon pintar tu?

Mana tahu mereka sengaja letakkan kod musnah sendiri? Jadi apabila cukup sahaja umur telefon tu mencapai angka-angka tertentu ia akan memadamkan dirinya?

Mungkin tidak kerana Xiaomi ni dah jadi jenama antarabangsa, jadi mereka perlu menjaga kepentingan para pelabur mereka. Jika mereka buat sesuatu yang bodoh sebegitu demi keuntungan, mungkin akan mengundang bala bencana kepada mereka jika ianya bocor.

Jika...

Akhirnya Telefon Pintar Redmi Note 5A Prime Hidup Semula

Master memerlukan telefon pintar Redmi Note 5A Prime itu untuk terus hidup.

Pada jam 3 petang Master ada temujanji service kereta Subaru XV 2015 di Bandar Baru Bangi, Master perlukan bantuan navigasi ke destinasi tersebut.

Selain itu Master perlu menggunakan aplikasi Ding Talk yang menjadi medium komunikasi di antara kakitangan pejabat beliau. Ding Talk ni macam Whatsapp lah, satu produk AliBaba Group.

Dengan penuh terdesak Master cuba hidupkan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A itu dan akhirnya berjaya.

Master rasa mungkin ada masalah pada butang kuasa. Jadi selepas ini Master berjanji takkan biarkan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A itu kehabisan bateri.

Wallahu'alam.

20200918

~ jika karangan ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~