بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat Datang ke Daerah Muar

Kami menuju ke Batu Pahat untuk menghadiri satu kenduri kahwin. Kami melalui daerah Muar. Kononnya nak cari sarapan pagi yang sedap di sana. Muar terkenal dengan satay sebagai sarapan pagi.

Gambar mercu tanda Selamat Datang ke Daerah Muar di persimpangan jalan
Mercu tanda Selamat Datang Daerah Muar yang terletak di persimpangan jalan. Hala kanan menuju ke Pagoh, manakala hala kiri menuju ke Bandar Maharani Bandar DiRaja. Muar adalah satu daerah dalam Negeri Johor # Saturday, 24 December 2016, 10:35 # 20161224 # DSC_6616.JPG # Gambar dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar Sony D2533 #

Bersarapan dengan Nasi Beriyani Udang Galah

Walaupun dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin, perut perlu juga diisi, hehehe.

Inilah yang Tedi maksudkan tadi, akhirnya kami bertemu juga dengan sarapan yang agak unik bagi kami iaitu Nasi Beriyani tetapi di Pagoh. Hebat orang Johor pagi-pagi sarapan Nasi Beriyani. Apalah resepi Nasi Beriyani sedap ni ya?

Gambar Nasi Beriyani Udang Galah di kedai makan tepi jalan di Pagoh, Johor.
Gambar Nasi Beriyani Udang. Inilah salah satu contoh sarapan pagi yang boleh ditemui di kedai makan di tepi jalan di sini. # Saturday, 24 December 2016, 11:08 # 20161224 # DSC_6619.JPG # Sony D2533 # Anggaran lokasi : Taman Sri Pagoh, 84600 Pagoh, Johor, Malaysia # Peta: https://goo.gl/maps/5mmUVsnghBcEGyYe9 #

Kawasan kedai makan di mana kami singgah makan nasi beriyani sedap ni adalah bersebelahan dengan KOGAP Badminton Hall. Dewan badminton ini adalah pusat Pagoh United yang turut bertanding dalam Purple League. 

gambar dewan badminton KOGAP Badminton Hall di mana kami singgah makan Nasi Beriyani.
Pusat Barangan Sukan dan Rekreasi Anda. K.O.G.A.P Sport Centre, K.O.G.A.P Badminton Hall. Fleet Japan, The Power Spots. ACE Power.
Berhampiran dewan badminton inilah kami makan nasi beriyani udang galah. # Saturday, 24 December 2016, 11:04 # 20161224 # DSC02371.JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Alamat: KOGAP Badminton Hall, Jalan Pagoh, Taman Sri Pagoh, 84600 Pagoh, Johor # Peta: https://goo.gl/maps/KcMMs1hPZfsHjng38 #

Persembahan Kompang Kenduri Kahwin

Majlis perkahwinan tradisional Melayu atau kenduri kahwin tidak lengkap tanpa persembahan oleh pasukan kompang. Pemain kompang ini biasanya akan menyanyikan lagu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pengantin baru, kadangkala disertai qasidah, dan juga selawat.

Irama paluan kompang untuk kenduri kahwin adalah seragam dan masih kekal sehingga hari ini. Sekaligus memudahkah hebahan kepada penduduk kampung bahawa ada majlis kenduri kahwin. dengar je irama paluan kompang tu terus kita tahu bahawa ada kenduri kahwin. Samalah macam gendang cina mati, kita dengar je kita tahu ada orang mati, atau gendang wel-wel ke apa perayaan Hindu tu yang ada perarakan tu bila kita dengar je irama tu kita tahu ada wel-wel.

Apa yang bagusnya dengan pasukan kompang ini ialah ia selalunya melibatkan pemuda, jadi akan mengelakkan golongan muda daripada membuang masa tidak tentu hala di samping mengekalkan tradisi turun-temurun. Jika tiada kesinambungan ini tentunya generasi selepas ini tidak akan merasa melihat persembahan kompang semasa kenduri kahwin.

Gambar satu pasukan kompang sedang melakukan persembahan di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Gambar satu pasukan kompang sedang melakukan persembahan pada suatu majlis perkahwinan kawan sekerja Master dengan pakaian seragam baju melayu teluk belanga berwarna merah. # Saturday, 24 December 2016, 13:00 # 20161224 # DSC02391.JPG # SONY ILCE-5000 # Anggaran lokasi : 5, Kampung Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor # https://goo.gl/maps/j2AstnuV9LwgBcKu5 #

Cuma mungkin persembahan kompang ini boleh dicanggihkan dan disedapkan lagi sesuai dengan peredaran zaman.

 


Pengantin Lelaki Dikenakan Tol

Kenduri kahwin ini agak pelik kerana ada "tol". Seronok pula Tedi melihatnya.

gambar tol dalam majlis kahwin Melayu sebelum pengantin lelaki dibenarkan menemui pengantin perempuan.
  • Wow siap ada tol! Hihi. Pertama kali kami melihat tol digunapakai dalam majlis perkahwinan tradisi Melayu, walaupun pernah mendengar tentangnya.
  • Rombongan pengantin lelaki yang ingin menemui pengantin perempuan terpaksa melalui beberapa individu dan membayar "tol" kepada mereka. Individu-individu ini adalah keluarga kepada pengantin perempuan.
  • Tedi tidak melihat ini adalah satu cara mendapatkan duit sebaliknya ia adalah satu cara icebreaking untuk merapatkan silaturrahim dan memeriahkan suasana kenduri kahwin tersebut.
  • Para tetamu yang hadir berkerumun untuk menonton peristiwa ini.
  • Adakalanya ada usikan nakal dari keluarga pengantin perempuan mengenai bayaran tol tidak mencukupi. Alamak gelabahlah pengantin lelaki dibuatnya! Hihihi.
  • # Saturday, 24 December 2016, 13:02 # 20161224 # DSC02405.JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 #