بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

interpretZZ mencecah 1 juta paparan

Wow, sedar-sedar hari ini interpretZZ telah mencecah penanda aras 1 juta paparan.

Terima kasih sekali lagi kepada para pembaca interpretZZ.

Ketika menyedari hal ini, Tedi sedang menyunting kiriman bertajuk My Beautiful Malaysia, Kuala Kangsar, belum pun siap lagi, baru masukkan 2 keping gambar, tapi biasalah kan Tedi memang buat perlahan-lahan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kerana kekangan masa.

Tambahan menaip kiriman dalam blog ni pun stress juga. Tapi sebab nak capai tahap macam inilah ia perlu diusahakan juga.

20200615, tarikh di mana interpretZZ mencatat paparan ke sejuta.

Rekod sebelum ini ialah bacaan ke 500,000 iaitu pada 26 Mac 2018.

Ini bermakna interpretzz mengambil masa seperti di bawah untuk mencapai 500000 bacaan:

  • 2 tahun 2 bulan 19 hari
  • 812 hari.

Ini bermakna bacaan purata sehari bagi 500000 bacaan terkini ialah 616 bacaan sehari.

Terima kasih semua.