بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sebaik sahaja kami selesai Mencari Buffet Sarapan RM 5 di Kota Bharu sebelum menjamu selera di Kedai Makan Abe Mie, kami bertolak pula ke Pasar Besar Wakaf Bharu, satu lokasi yang wajib Mummy kunjungi jika balik ke Kelantan.

Bezanya kali ini ialah Aina pula yang shopping. Baju dia yang kami beli dulu. Kemudian dia pusing satu pasar mencari membelek mana baju yang dia berkenan. Tugas Master pula mengejar dia di mana ada.

Gambar budak perempuan 2 tahun sedang membelek baju t-shirt kanak-kanak.
Aina sedang sibuk membelek jika ada baju yang dia berkenan. Padahal baju tu semua saiz besar. Pada masa ini dia sedang taksub dengan Elsa. Umur Aina ialah 2 tahun 10 bulan 2 hari. # Sunday, 22 December 2019, 11:42 # IMG20191222114218.jpg # 20191222 # OPPO OPPO Reno2 # Pasar Besar Wakaf Bharu, Wakaf Bharu, 16250, Tumpat, Kelantan, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/HjQpSvSdMSLhpdfQ6 #
Kolaj gambar Aina dan Aidan semasa kami singgah membeli-belah di Pasar Besar Wakaf Bharu.
# Sunday, 22 December 2019, 11:36 # 20191222 # IMG20191222113616-COLLAGE # OPPO Reno2 # Lokasi: https://goo.gl/maps/8b4Epc7fbxjVaUKr7 #