Aicond Haier untuk bilik tidur utama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Akhirnya Master memasang aircond di bilik tidur utama rumah kami setelah Mummy asyik mengadu kepanasan semasa tidur dan Aina juga teruk berpeluh semasa tidur.
Kandungan: Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama | Maklumat Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama.
~ 🥰 jika sudi tolong klik iklan ya 🥰 ~
Minta Pak Lang Pasang Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama
Bagi mengatasi masalah kepanasan di dalam bilik tidur utama, Master mengorek mana-mana tabungan yang ada. Korek sana, korek sini, akhirnya adalah bajet dalam RM 700 (tujuh ratus Ringgit Malaysia sahaja).
Master kemudian bertanya kepada Pak Lang berapa kos diperlukan untuk memasang aircond di bilik tidur utama kami. Jawapannya ialah RM 1000 ke atas, mungkin seribu dua ratus Ringgit Malaysia, macam tu lah kosnya, Tedi tak rekodkan pula.
Akhirnya Master pun tanya Pak Lang kalau boleh pasang aircond dengan harga bawah RM 700. Pak Lang pun tolong carikan dan dapatlah yang berharga RM 600.
Ini pun unit kedua, unit pertama Pak Lang tak jadi ambil kerana setelah diperiksa ada kerosakan pada unit luar aircond tersebut.
Pak Lang datang memasang unit aircond tersebut dengan bantuan kawannya. Selain itu mereka juga memasang lampu pagar dan lampu siling. Di rumah kami tiada tangga kerana ditinggalkan di rumah Desa Mentari. Jadi memang Master tak pasanglah.
Tambahan Master ni liat sedikit kalau nak buat benda yang bukan dalam bidangnya.
Lama juga mereka memasang aircond dan lampu-lampu tersebut, sehingga tiba waktu berbuka puasa.
Maklumat Aircond Haier untuk Bilik Tidur Utama
~ 🥰 jika sudi tolong klik iklan ya 🥰 ~


Ulasan
pasang kipas pun kadang-kadang menggigil
tapi kalau balik kampung memang kena pasang sebab panas
hahahaha