Hari ini 20200417 jam 3:40 pagi ada masalah pula selepas kemaskini Intellij Idea Community versi 2020.1.

Tiba-tiba tak boleh start dengan error: cannot open vm options file.

Setelah pening kepala akhirnya Tedi pergi ke folder C:\Users\<nama_pengguna>\.IdeaIC2019.3\config. Ini adalah folder versi sebelum Tedi update ke versi 2020.1.

Tedi copy 1 fail bernama idea64.exe.vmoptions daripada folder tersebut dan Tedi paste ke folder C:\Program Files\JetBrains\IntelliJ IDEA Community Edition 2018.3.3\bin. Ini adalah folder di mana IntelliJ IDEA di-install pada komputer riba Tedi. Pada awalnya guna versi 2018.3.3, jadi walaupun dah update ke versi-versi terkini, ia tetap kekal berada pada folder tersebut. dalam folder itu ada file bernama idea64.vmoptions. Tedi rasakanlah nama file tu salah, sebab bila Tedi bandingkan kedua-dua file tu kandungannya hampir sama.

Cuma folder config akan berubah iaitu C:\Users\<nama_pengguna>\.IdeaIC<versi>\

Setelah Tedi salin file tu, IntelliJ Idea berjaya dihidupkan.

Sistem operasi yang Tedi guna sekarang adalah Windows 10.