Aidan sekarang tidak berhenti menyusu badan. Mungkin salah satu punca tidak banyak susu badan Mummy ketika dipam untuk disimpan.

Ramaio kata bahawa cara untuk banyakkan susu badan adalah melalui diet seharian, sekaligus menjadi inspirasi untuk Tedi mengkaji apakah makanan semulajadi yang boleh membantu kaum ibu hasilkan banyak susu?

  1. Bijirin kandungi banyak zat besi. Semangkuk bijirin dengan susu suam juga membantu ibu berehat dan bertenang. Tetapi jangan gunakan bijirin segera sebaiknya gunakan bijirin yang digelek, ada dijual di pasaran.
  2. Bawang putih punyai banyak manfaat kesihatan termasuklah banyakkan susu badan. Bawang putih juga perasa yang bagus dalam makanan.
  3. Fenugreek dicampur dalam teh atau bubur. Masalahnya apabila makan fenugreek ni badan kita dikatakan akan berbau seperti kari. Apakah itu fenugreek? Nama Melayunya ialah halba, dan halba boleh dibeli dalam bentuk tablet di pasaraya. Halba ni terkenal sebagai penambah susu badan di kalangan omputeh.
  4. Banyakkan makan sayur-mayur seperti lobak, keladi dan sayur berdaun hijau tua.
  5. Makan bijan.

Sumber rujukan: