بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Aina memang pantang nampak satu produk tenusu keluran Fernleaf bernama Calciyum. Fernleaf Calciyum ni adalah makanan berbentuk yogurt (dadih dalam Bahasa Malaysia) difokuskan kepada kanak-kanak.

Mummy akan bekalkan Aina dengan satu Fernleaf Calciyum setiap hari Aina ke rumah pengasuhnya.

Jika ke pasaraya TESCO Putra Nilai selalunya kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 2 bulan ni akan menangis meraung minta dibelikan Calciyum. Selepas diambil Calciyum masuk dalam troli dia sibuk nak pegang, kemudian sibuk nak buka Calciyum tu.

Kadangkala Aina akan berhenti meminta apabila Master kata "tak boleh", tapi selalunya dia akan meraung juga selagi permintaannya tidak ditunaikan.

gambar kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun menangis duduk dalam troli beli belah TESCO Putra Nilai
Budak ni memang hantu Calciyum pantang nampak mesti berjurai air mata dramatis minta dibelikan.
# Gambar Nor Aina semasa berumur 2 tahun 2 bulan 8 hari menangis sebab minta dibelikan Calciyum # Sunday, 28 April 2019, 13:59 # COLOR_POP # Xiaomi Redmi Note 5A # TESCO Putra Nilai #

Apabila di rumah pula Aina pantang dengar peti ais dibuka maka dia akan berlari ke dapur dan minta Calciyum. Pada masa ini dia tak sebut Calciyum tapi cakap "nak ni", menyebabkan permintaannya kadangkala sukar difahami. Aina akan menunggu depan peti sejuk dua pintu tersebut selagi permintaannya tidak dilayan, ya sambil menangis.


~20190428~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm