• Tup-tup dah 2 tahun umur si Aina. Masa bayi dulu dia ni kecil je sebab lahir tak cukup bulan (bayi pramatang). Nak beli pampers Aina masa dia bayi pun memang susah sebab saiznya yang kecil itu. Hal ini pernah dibicarakan dalam kiriman bertajuk "Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan (20170410)". Master nak pegang dia pun tak berani.
  • Ini gambar semasa Aina merupakan seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari. Memang tak pernah upload gambar dia semasa bayi, maklumlah kami sekeluarga sibuk melayan kerenah dia, bayi pertama dalam keluarga kecil kami.
  • Gambar ini dikomen Tok Mak sebagai sayu dan apalah yang direnung si bayi kecil ini?
  • Sekali lagi interpretZZ mengubah caption gambar, masih tercari-cari standard sesuai untuk dibaca pada masa depan, agak renyah dan ambil masa lama (tunggulah nanti mesti Mummy complaint asyik menghadap komputer je kerja Tedi) tapi puas hati apabila baca kerana unsur sejarahnya yang boleh diimbau dan dihubungkan dengan memorabilia yang Tedi ada. Harapan Tedi semoga kod-kod pelik tu boleh digunakan untuk cari semua foto berkaitan yang kadangkala lebih peribadi.
Gambar: Aina ketika ni masih lagi seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari.
# Gambar: Aina ketika ni masih lagi seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari.
# Teks: ???
# Tarikh: Tuesday, 4 April 2017, 20:20 20170404 201704
# Nama fail: DSC_7973.jpg
# Kamera: Telefon pintar Sony D2533
# Lokasi: ???
# Kod Plus: ???
# Gambar: Aina ketika ni masih lagi seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari.
# Teks: ???
# Tarikh: Tuesday, 4 April 2017, 22:57 20170404 201704
# Nama fail: DSC_7977.jpg
# Kamera: Telefon pintar Sony D2533
# Lokasi: ???
# Kod Plus: ???