• Semenjak laluan susur masuk Southville ke Lebuhraya Utara Selatan dibuka, kami banyak menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kuala Lumpur pada setiap pagi. Tambahan pula Persimpangan Dengkil sedang melalui pembinaan persimpangan bertingkat.
  • Hal ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan laluan B18 dari arah Dengkil ke Bangi untuk menggunakan susur masuk Southville.
  • Adakalanya pada waktu pagi, kami mencari kedai yang boleh disinggahi untuk beli sarapan. Salah sebuah lokasi yang terbaru kami singgahi adalah Pusat Penjaja Bukit Unggul, selain Warung Jenderam Impian.
  • Pusat Penjaja Bukit Unggul terletak di tepi Sungai Buah dan berhadapan pintu masuk Bukit Unggul Country Club. Ia menyediakan kemudahan seperti tandas dan surau. Pusat Penjaja Bukit Unggul mempunyai deretan kedai, namun setakat ini kami hanya nampak 2 buah kedai sahaja yang buka (berniaga), manakala yang lain macam sudah tidak bernyawa.
  • Melihatkan logo pada papan tanda, nampaknya Pusat Penjaja Bukit Unggul ni terletak di bawah jagaan Majlis Perbandaran Sepang.
Gambar deretan kedai di Pusat Penjaja Bukit Unggul.
Pusat Penjaja Bukit Unggul adalah sebuat kawasan penjaja di tepi Sungai Buah dan berhadapan dengan Bukit Unggul Country Club. Pusat penjaja ini terletak berhampiran Taman Teknologi MINT, Kampung Bukit Piatu dan Kampung Sungai Buah.
# Teks: Saodah bt Sanip, Mohd Kamal b. Abd Talib, Suhaizan b. Yahyah
# IMG_20190314_083049 20190314 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: gerai no.3, pusat penjaja bukit unggul, Kajang, jalan dengkil, Kampung Sungai Buah, 43000 Dengkil, Selangor

Gerai Haji Sazali

  • rupa-rupanya 2 buah gerai yang Tedi katakan buka itu adalah satu gerai yang sama iaitu Gerai Haji Sazali.
  • Gerai Haji Sazali menawarkan hidangan sarapan pagi dan juga makanan tengahari.
  • Menurut sepanduk yang dipasang ia hanya beroperasi pada waktu siang sahaja, tetapi ketika kami melintasi kawasan Pusat Penjaja Bukit Unggul ini pada waktu malam, kelihatan kedai ini terbuka.
  • Masalah utama kami hadapi ketika membeli sarapan di Gerai Haji Sazali ialah makanannya cepat habis terjual, laku sungguh nampaknya.
Gambar Gerai Haji Sazali di Pusat Penjaja Bukit Unggul yang menjual makanan pagi dan tengahari.
Gerai Haji Sazali di Pusat Penjaja Bukit Unggul
# Teks: Gerai Haji Sazali, aneka rasa sarapan dan tengahari. Ayam kampung goreng. Selera masakan kampung. Waktu urusniaga 7:00 pagi hingga 4:00 petang, Isnin - Jumaat. Makan pagi, nasi lemak, roti canai. No.1 Sazali b. Bijan. Majlis Perbandaran Sepang.
# 14 Mac 2019 jam 08:31 pagi hari Khamis.
# IMG_20190314_083118
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Gerai No. 1&2, Haji Sazali, B18, Kampung Sungai Buah,, Kampung Sungai Buah, 43800 Dengkil, Selangor

Pemandangan sekitar Pusat Penjaja Bukit Unggul

Ini adalah sedutan pemandangan di sekitar Pusat Penjaja Bukit Unggul menggunakan Google Maps dan Google Street View.