Pergi IKEA Cheras cari almari baju untuk adik Aina. Nak beli rak baju IKEA MALM tapi kehabisan stok, tapi kalau nak beli online masih ada dalam stok.

Sebelum kami ke IKEA Cheras, Mummy dah periksa masih ada 84 rak baju IKEA siri MALM 4 laci berwarna putih tersebut, tetapi apabila cari di rak sudah kehabisan. Apabila disemak semula dalam talian, masih tercatat ada bekalan 84 set perabot tersebut.

Rak baju IKEA siri MALM berwarna putih 6 laci adalah, tapi nanti tak sama tinggi dengan rak baju Aina pula. Rak baju IKEA siri MALM  laci warna selain putih pun ada tapi nak buat apa beli warna lain pula kalau nak susun sebelah menyebelah.

animasi Aina makan aiskrim IKEA buat pertama kali.
Animasi Aina makan aiskrim soya IKEA buat pertama kali.
# tarikh: 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad.
# nama gambar: IMG_20190303_173154-ANIMATION.gif
# kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# lokasi di Google Map: 2a, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Aina minta aiskrim IKEA

Sampai sahaja di IKEA, masuk sahaja ke lobi, kami singgah ke tandas dahulu, bereskan penukaran lampin Aina. Kemudian ke kaunter jualan makanan IKEA untuk membeli alas perut. Aina nampak gambar aiskrim IKEA di skrin dan minta aiskrim.

Kalau dia tak minta pun memang Mummy nak belikan.

Kami beli yogurt dan aiskrim. Aina tak nak yogurt mungkin sebab masam, ataupun mungkin sebab dia tahu ada aiskrim.

Inilah aksi Aina makan aiskrim IKEA sementara menanti Mummy menunaikan solat Asar. Paling kelakar boleh pula dia gigit kon dari bawah apabila aiskrim dah tinggal dalam kon aiskrim itu sahaja. Mana dia belajar makan aiskrim macam tu tak tahulah.

kolaj kali pertama Aina makan aiskrim IKEA. gambar kanak-kanak perempuan makan aiskrim.
Kolaj Aina makan aiskrim IKEA berharga 90 sen, habis dia seorang makan aiskrim tu.
# gambar: kanak-kanak perempuan 2 tahun, aiskrim kon IKEA, stroller bayi.
# 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad
# IMG_20190303_173154-COLLAGE.jpg