Maksud "ajak-ajak ayam" | Mummy beli baju saiz besar

animasi seorang bayi 2 tahun main ajak-ajak ayam
# Animasi Aina ajak-ajak ayam pelawa makan Baby Guide perisa sayur ketika di AEON Mall Nilai.
# 2019-02-05 jam 22:09 hari Selasa.

Maksud "ajak-ajak ayam"

Ajak-ajak ayam bermaksud sesuatu pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh, mungkin metafora daripada perbuatan seseorang memanggil ayam untuk diberi makan, tak perlu bersungguh-sungguh kerana ayam akan datang berkejaran.

Tak kisahlah ayam tu nak datang makan atau tidak, dedak sudah ditabur, dan ayam telah dipanggil, pandai-pandailah nak makan ataupun tidak.

Jika digunapakai pada manusia pula tentunya untuk menunjukkan seseorang yang mempelawa untuk menyedapkan hati atau sebagai budi-bahasa, jika undangannya diterima, dia akan meraikan tetamunya itu, tetapi jika undangannya tidak diterima, tidak pula dia bersungguh-sungguh mengajak... mungkin mengucapkan alhamdulillah di dalam hati.

Tetapi lain pula dengan Aina ni, bukan tahap ajak-ajak ayam dah ni, sebab apabila orang terima ajakannya itu akan segera ditariknya balik... buruk siku benar dah ni.

<kembali ke atas>

Mummy beli baju saiz besar

# Aina minum susu sambil bermain dengan bayangnya sendiri pada cermin di AEON Mall Nilai semasa menunggu Mummy mencuba baju dan seluar. Aina memang mudah terhibur melihat imejnya sendiri sama ada dalam cermin atau dalam video.
# 2019-02-05 jam 14:07:03 hari Selasa cuti Tahun Baru Cina 2019
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# AEON Mall Nilai

 <kembali ke atas>

Aina tertidur di bangku kayu

gambar kanak-kanak perempuan tertidur di atas bangku kayu
# Aina tertidur kepenatan setelah berjalan-jalan di AEON Mall Nilai, sesungguhnya rehatnya itu diperlukan untuk menempuhi masa seterusnya kerana banyak lagi destinasi perlu disinggahi.
# t-shirt Hello Kitty, bangku kayu
# 2019-02-05 jam 16:01:02 hari Selasa
# telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A