1 Zulkaedah

Hari ini merupakan hari yang agak istimewa kerana orang sudah mula sibuk nak berangkat ke Madinah atau Makkah kerana musim haji.

Hari ini juga Aina sudah mula rajin untuk berjalan. Dia akan melangkah beberapa tapak, jika ada beg kekacang (bean bag), dia akan menyerbu dengan laju, mentang-mentang bean bag tu lembut maka dia tahu ada tempat baik untuk landing.

Tapi jika dia berjalan ke arah tiada bean bag, tahu pula dia untuk berjalan dengan perlahan dan tertib, tidak seperti lori tiada brek.

Sebenarnya sejak semalam lagi dia sudah menunjukkan kerajinan untuk berdiri dengan berpaut kepada Master sebelum menyerbu bean bag.

Ketika ini umurnya patut 1 tahun 4 bulan dan 24 hari.

 

Berjaya perolehi Oasis Water Node Trap

Setakat tahun 2018 ini, OWNT adalah perangkap tikus berkuasakan air yang hebat. Ada versi yang lebih hebat seperti versi chrome, tetapi jika versi biasa perangkap tikus ini memang dambaan para MouseHunter.

gambar Oasis Water Node Trap yang telah berjaya dihasilkan
Bagus! Anda telah membina Oasis Water Node Trap. Gunakan buku resepi anda untuk membina alat ini dengan lebih cepat pada masa hadapan! # Mousehunt Game # Saturday, 14 July 2018, 23:29 # 20180714 # IMG_20180714_232951.jpg # Uploaded from an Android device #

20180714