Kebelakangan ini Tedi selalu didendangkan dengan lagu Silat Legenda.

Master kata lagu Silat Legenda ni adalah original soundtrack (ost) kepada filem animasi Silat Legenda yang ditayangkan ketika Master masih bersekolah.

Tedi suka lagu ni sebab ia ada unsur sejarah sambil menaikkan semangat pendengar.

Selain itu ia ada beberapa peribahasa yang boleh dipelajari.

Petikan imej daripada animasi Silat Lagenda.

Lirik lagu SILAT LEGENDA

Puisi:
Zaman Kesultanan Melaka
Zaman yang penuh gemilang
Namun kegemilangan ini
Juga membawa berbagai cabaran

Pada suatu masa dahulu Melaka adalah sebuah empayar yang gemilang sebagai perlabuhan entreport. Ia menjadi tumpuan Timur Dan barat.

Perdagangan utama kerajaan Kesultanan Melaka adalah rempah ratus yang pada mulanya dikuasai oleh pedagang Arab sebelum datang pedagang eropah.

Akulah Panglima Melaka

Kuasa sakti diwaris Tersirat di keris 
Rahsia berkurun lama Senjata panglima
Setapak kami langkah Pantang untuk menyerah
Rasakan gegarnya

*
Silat Legenda, Silat Legenda, Silat Legenda Berkuasa
Silat Legenda, Silat Legenda, Silat Legenda Berkuasa

Suara Mona:
Senjata hikmat tetap milik aku hahaha…

Mona adalah watak wanita sihir yang mahu menguasai Lima keris purba.

Suara Lima pendekar muda:

Serahkan senjata itu
Masanya sudah tiba
Cara Tok Guru Pujangga… Pujangga

 Lima pendekar muda yang dimaksudkan adalah 5 watak pemuda peminat silat yang telah menjejaki dan menemui lima keris dari zaman kegemilangan Melaka.

Mereka menerima bimbingan daripada Tok Guru Pujangga bagaimana untuk menggunakan senjata-senjata tersebut Dan rahsia di sebalik kewujudannya.

Aku Lekiu… eyahhh
Aku Jebat
Aku Lekir
Aku Kasturi
Dan aku Tuah

Hang Lekiu, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Tuah adalah 5 pahlawan Melaka yang digelar Hang Tuah Lima Saudara, tetapi mereka bukanlah saudara-mara sebaliknya kawan-kawan sekampung.

Sajak:
Hak bumi satahan bumi
Hak langit sangga langit
Melangkah aku ke tujuh petala bumi
Menjunjung aku ke tujuh petala langit

Tedi tak berapa nak faham maksud satahan bumi tu tapi Tedi tahu ada garis satah bumi. Istilah sains, Tedi pun tak berapa reti nak ulas.

Sangga langit tu mungkin maksudnya penyandar langit kerana selalunya benda yang tergantung perlukan sangga, walaupun langit tiada penyangga.

Melangkah ke tujuh petala bumi dan menjunjung aku ke tujuh petala langit seolah adaptasi daripada peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Melangkah ke tujuh petala bumi mungkin mengkisahkan pengembaraan.

Menjunjung petala langit pula menggambarkan sikap mempertahankan diri atau kepercayaan. Menjunjung langit di bumi berpijak pula menunjukkan semangat akan mempertahankan negeri yang didiami walaupun bukan negeri sendiri.

Ia adalah satu semangat yang murni yang ada ada bangsa Melayu tidak seperti penjajah yang hanya kaut kekayaan Dan lari apabila diserang.

Ikrar pendekar lima
Menentang yang menyerang
Bersatu berdiri teguh
Semangat kekal utuh
Setapak kami langkah
Pantang untuk menyerah
Rasa kuasanya hey… hey…

Pahlawan Legenda Melaka

Ulang *

Ulang *

Perjuangan kita bukan sebarang
Gunakan senjata hikmat
Dengan bijaksana

Awas Jebat!

Lagu: Norman/ Yusry/ Edry
Lirik: Norman/ Yusry/ Edry

 

Legenda atau lagenda?

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah legenda dan bukannya lagenda.

lé.gén.da dalam tulisan Jawi dieja dengan huruf lam-ya-ga-ya-nun-dal-alif: ليݢيندا

Definisi : (légénda) 1. cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (seperti peta, carta, ilustrasi, dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : /légénda/ cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Jadi filem Silat Legenda ini adalah berkisarkan kepada cerita dongeng yang berkaitan dengan sejarah Hang Tuah lima bersaudara.

20171119