بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut.

Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi.

rasa rotinya agak hambar, tapi keju lelehnya terbaik. RSMY Bangi

RSMY buka dari jam 5 petang

Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang.

Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apabila kawan Master, uncle Manaf memaklumkan bahawa dia nampak kedai RSMY Bangi itu buka pada hari Sabtu jam 6 petang.

Ketika kami sampai di sana, jam digital di Subaru XV menunjukkan waktu selepas enam petang dan sebelum enam setengah petang. Restoran Roti Cheese Nan RSMY itu dibuka dan kelihatan ia penuh dan ada orang beratur. Kami pun segera beratur.

Apabila ditanya kepada pekerja di sana, rupa-rupanya waktu RSMY Bangi mula berniaga ialah pada jam lima petang. Patutlah semalam kami nampak orang baratur, tapi kedainya tutup. Dahsyat sungguh kan?

Kami mendaftar nama dan setelah nama dipanggil, kami disediakan tempat duduk.

Kami buat pesanan, sekeping roti nan cheese extra cheese, sekeping roti nan cheese, keema, dan kopi panas. Agak lama juga kami menunggu, dekat jam 7 malam baru dapat makanan.

 

Roti Nan Cheese Extra Keju + Keema

Gambar keema di RSMY Bangi

  1. Roti nan cheese leleh yang kami makan agak plain rasanya, tapi kejunya memang melimpah-ruah. Malangnya sedap lagi rasa roti nan di Restoran Nija.
  2. Keema yang kami pesan itu agak sedap dan berjaya menampal kehambaran rasa roti nan cheese meleleh tersebut. Memang kena pesan kuah atau ayam tandori kerana RSMY Bangi tidak sertakan kuah..
  3. Kopi panas? Bagi peminat kopi, ia sangat hambar.
  4. Roti Nan Cheese biasa pula sama juga rasanya. Kejunya sedikit berbanding roti nan keju leleh, tapi lebih banyak berbanding kedai-kedai roti nan lain.
  5. Semasa kami keluar untuk membuat bayaran, kami dapati bahawa roti nan cheese leleh orang lain nampak lebih menarik dan disapu butter, mungkinkah kami berada pada masa yang salah sehingga tidak dapat roti nan keju leleh yang serupa?

Harga:

  1. Extra Cheese Nan [RM 8.50]
  2. Cheese Nan [RM 6.00]
  3. Keema [RM 10.00]
  4. Air Kopi Panas [RM 2.00]
  5. Air Suam [RM 0.30]

Kesimpulan:

  1. Keju pada roti nan cheese di RSMY Bangi memang terbaik.
  2. Walaupun rasanya hambar, tapi boleh dimaafkan kerana rasa kejunya.</span >
  3. Setakat ini, pada pendapat Tedi, RSMY Bangi adalah kedai dengan hidangan Roti Nan Cheese Extra Cheese terbaik - sehinggalah Tedi menemui kedai yang lsin.
Photo of RSMY Bangi workers preparing dough for roti nan.
Gambar para pekerja RSMY Bangi sedang menyediakan doh untuk roti nan.
# Sunday, 5 February 2017, 19:15 # 20170205 # Sony D2533 # DSC_7306 # https://goo.gl/maps/L9f2WoNnWWt3Jnh26 #


~20170205~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih