Ada kawan yang bertanya, adakah seseekor kucing itu kentut?

Jawapannya, ya, kucing juga kentut!

Gambar bontot seekor kucing putih.

Kucing adalah haiwan karnivor yang kebanyakan makanannya adalah kaya protein.

Protein akan menghasilkan gas berbau busuk kerana protein diketahui mengandungi sulfur dalam jumlah yang banyak. Sulfur adalah sejenis bahan kimia yang mempunyai bau.

Kentut kucing selalunya senyap tidak berbunyi. Tapi bau kentut kucing adalah sungguh dahsyat!

Jarang kucing kentut berbunyi kerana gas yang mereka hasilkan adalah sedikit, tetapi tumpat dan pekat.

Kucing mempunyai tekanan dalam yang rendah pada sistem gastrointestinal mereka, jadi kentut mereka keluar perlahan-lahan dan secara konsisten.

Otot-otot pada bontot mereka tidak tertutup seketat bontot manusia, jadi kentut kucing kurang berbunyi.

Apa yang lebih menarik untuk manusia tahu ialah, kucing lebih tenang semasa mereka melepaskan kentut mereka kerana bagi kaum kucing, kentut adalah perkara normal dan tidak dianggap perkara yang memalukan.

Menurut ahli veterinar, kentut kuat seekor kucing boleh digunakan sebagai petunjuk kepada kajian penyakit.

Jadi kini anda tahu bahawa seseekor kucing itu kentut, dan jika anda bau sesuatu yang busuk, tapi tidak tahu sumbernya, anda boleh periksa kucing anda kerana mungkin kucing anda itu mahu berak.