Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah.
Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit.
Petronas Syntium 500, mineral
Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan.
Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali.
Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini.
Petronas Syntium 800, semi-sintetik
Syntium 800 pula adalah minyak enjin Petronas dengan campuran semi-sintetik. Rasanya sama macam guna minyak hitam Petronas Syntium 1000.
Petronas Syntium 800 berapa km? ia boleh digunakan untuk perjalanan sehingga 5000 kilometer sahaja. Kalau 5000 kilometer kena tolak 1000 sebab sangkut dalam kesesakan, jadi tinggal 4000 km sahaja.
Petronas Syntium 1000, sintetik penuh
Syntium 1000 pula adalah minyak enjin sintetik penuh (fully synthetic), yang sekarang turun pangkat ke sintetik gred bawah iaitu SAE 15W-50.
Rasanya sama macam guna Syntium 800 tapi ia boleh guna sejauh 10000 kilometer. Memandangkan selalu sangkut dalam kesesakan, kita boleh ganti minyak ini selepas 9000 kilometer.
Petronas Syntium 3000, sintetik penuh

Syntium 3000 juga minyak hitam sintetik penuh (fully synthetic) seperti Syntium 1000 tetapi berbeza daripada segi kelikatan (SAE 5W-40) dan secara khususnya adalah untuk kereta seperti BMW & Porsche.
Apakah maksud jenis mineral, semi-sintetik, dan sintetik penuh?
Itulah semua siri Petronas Syntium yang pernah kami gunakan. Petronas ada keluarkan Petronas Syntium 5000 yang dikatakan minyak pelincir paling tinggi prestasinya buat masa ini, memenuhi standard terkini termasuk ILSAC GF-4 untuk penjimatan minyak, namun kami tidak pernah mencubanya.
Selain itu berkenaan jenis-jenis minyak yang disebut mineral, semi-sintetik (semi synthetic) dan, sintetik penuh (fully synthetic) tu bermaksud bahan yang digunakan untuk pembuatan minyak enjin tersebut.
Mineral bermaksud ia sepenuhnya adalah produk daripada penapisan petroleum atau minyak mentah.
Sintetik pula bermaksud ia adalah minyak tiruan yang menyerupai hasil minyak mentah dan dihasilkan menggunakan kaedah kimia.
Semi-sintetik atau sebahagiannya tiruan pula bermaksud campuran kedua-dua bahan.
Minyak tiruan (synthetic) adalah lebih tahan lama kerana susunan molekul mereka lebih bagus, tetapi kos penghasilannya pula lebih mahal.
Itu sahaja coretan buat masa ini, semoga penjelasan ringkas daripada Tedi berkenaan minyak enjin Petronas Syntium itu akan menjawab persoalan kawan-kawan.
Artikel ini adalah berkenaan jenis minyak enjin petronas. 20190829.
Ulasan
HX7 adalah 10w40 (semi-synthetic).
HX7 lebih murah tapi Tedi lebih suka gunakan sintetik penuh untuk jaga enjin.
Beza harga mungkin Helix Ultra mahal sekali ganda tapi Shell ni banyak supermarket jual maka boleh beli masa promotion harganya mungkin murah separuh harga.
Lagipun semi sintetik kita guna 3000 ke 4000 km dah kena tukar minyak sedangkan sintetik penuh kita boleh tukar masa 8000 km ke 9000 km jadi Tedi rasa lebih jimat.
Kereta mahal baik guna minyak okay, nyesal nanti bila dengar bunyi enjin kasar.
Tedi ada komen pasal Helix Ultra tapi pasal hargalah di sini http://interpretzz.blogspot.my/2017/02/harga-minyak-enjin-tesco-putra-nilai.html#more.
Tedi fokus kepada jenis minyak asalkan sintetik penuh dan kemudian kepada harga. Tapi hati-hati dengan lambakan minyak Shell palsu di pasaran.
Kalau kereta Eropah wajib follow jenis minyak hitam yang pengeluar cadangkan takut jahanam macam kereta Volkswagen. :)
Kalau tanya mekanik memasing suh guna Shell tapi Tedi rasa macam tak best. Kalau pelumba kereta pula sibuk nak guna Liqui Moly. Kalau kereta Eropah mungkin nak guna Mobile 1.
kalau mahal sedikit ada warranti ok kot...
Shell dari europh kot? aku lebih ada keyakinan kpd shell helix ni...
dah lama keluar x pernah dengar ada org complaint kot...
aku guna lexus hanya guna shell helix hx7 shj...
asalnya engine minyak blh jaga engine tahan panas dan bersih sdh ok
kena tiap2 cycle tukar baru blh tahan lagi lama...
minya Petronas Syntium 500 adalah minyak hitam jenis mineral yang sepatutnya kita tak gunakan untuk penggunaan lasak seperti perjalanan jauh atau lama.
bunyi enjin kereta kami jadi kasar sebab gunakan minyak ini dan pada masa yang sama kami travel lebih 24 jam KL ke Terengganu ke Pahang dan kembali ke KL.
Maklum sahajalah ada yang harganya mahal, jadi ada kawan-kawan nak tahu apa bestnya kalau pakai yang mahal?
Injen smooth ringan.....
After servis minyak hitam msh bagus lagi still smooth plincir nya.......