بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Akhirnya Master menggantikan juga tayar kereta Michelin Energy XM2 yang telah digunakan sejak 2012 lagi.

Tiba-tiba sahaja Master ambil keputusan drastik untuk menukar tayar kereta pada petang ini kerana salah satu daripada 4 tayar kereta Proton Saga BLM Duel Blitz Monster 1.3 Manual Transmission itu selalu kekurangan angin.

Tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 kini selalu kehilangan angin.

Semalam lebih teruk apabila tayar kereta Michelin Energy XM2 itu pancit keseluruhannya, nasib baik masih boleh diisi angin semula di pam minyak Petron Salak Tinggi.

Master takut kalau tayar kereta tu tiba-tiba pancit di tengah jalan, keluar rim berapi pula nanti, naya je.

Pada mulanya Master nak ke kedai Lim Tayar USJ di mana beliau beli tayar kereta Michelin Energy XM2 tersebut namun apabila diketahui kedai Lim Tayar ada cawangan di Bangsar iaitu di Jalan Tandok off Jalan Maarof, Master memutuskan untuk ke cawangan Lim Tayar yang terhampir, dengan harapan perkhidmatan mereka sama seperti kedai Lim Tayar USJ.

Tayar lembut Michelin Energy XM2 memang senyap

Menyentuh tentang penggunaan tayar kereta Michelin Energy MX2 yang dahulu dibeli dengan harga RM 180 (satu ratus lapan puluh Ringgit Malaysia) tanpa GST, Master memang sangat berpuas-hati, kerana tayar kereta jenis lembut itu memang senyap di jalanan.

Pada masa itu kesenyapan tayar kereta menjadi salah-satu ciri penting pemilihan tayar kereta oleh Master dan Mommy.

Kali ini Master memilih tayar kereta dari jenama Viking iaitu City Tech CT5 dengan harga RM 170 termasuk GST. Tadi semasa telefon harganya RM 165 termasuk GST tapi apabila sampai di sini dah naik RM 5.

Mungkin ada unsur pencatutan harga oleh kedai Lim Tayar Bangsar?

Semasa melihat tayar kereta lama Micheline Energy XM2 itu dibuka, Master agak berbelah-bahagi juga nak cuba gunakan tayar kereta Viking City Tech CT5 tersebut, namun akhirnya Master tetapkan pendirian untuk berikan peluang kepada tayar kereta keluaran syarikat Viking yang 49% sahamnya dipegang syarikat tayar Continental.

Jika Continental fokus kepada tayar kereta premium, Viking pula fokus kepada tayar kereta harga rendah, tapi tidaklah rendah sangat pun. Tambah RM 32 dah boleh dapat tayar kereta Michelin sebab harga tayar Michelin Energy XM2 185/60R14 tu dalam RM 202.

Gambar tayar kereta Viking vs tayar kereta Michelin

Apa pandangan netizen berkenaan tayar Viking CityTech CT5?

Tayar kereta Viking CityTech CT5 ini mendapat review yang agak baik di forum-forum pengguna tayar kereta tapi mereka ni memang selalu puji pilihan sendiri, tak boleh percaya sangat.

Cuma tadi Master telah membaca beberapa berita baik berkenaan Viking di mana mereka adalah pembekal tayar musim panas dan musim sejuk di barat sehinggakan Continental melabur dalam syarikat tayar tersebut.

Semoga Master takkan menyesal dengan pemilihan tayar kereta baru ini.

Tayar kereta Micheline XM2 mula dicabut pada jam 3:30 petang dan kami masih menunggu proses balancing dilakukan setelah kesemua tayar kereta baru telah dipasang pada rim.

*** Tedi, Lim Tayar Bangsar, jalan Tandok off Jalan Maarof pada 30 Mei 2016 jam 4:07 petang.

Bacaan berkaitan dari sumber luar:

Kiriman ini berkaitan dengan tukar tayar  kereta Saga baru di Lim Tayar Bangsar kepada tayar kereta jenama Viking dan ada sedikit Tedi selitkan hal Lim Tayar review berkenaan tayar kereta Continental Viking sedangkan tayar kereta Viking bukan tayar kereta Continental tetapi adalah anak syarikat mereka. Lim Tayar Bangsar adalah salah sebuah kedai tayar kereta di Bangsar.


30 Mei 2016