[t16d12] Separuh Hari Pun Bolehlah
Terjaga dari lena, jam sudah menunjukkan jam 7.33 pagi.
Aduh... macam mana boleh tak sedar ni?
Kami semua tidak terjaga pada pagi ini
- Bayangkan, tiada seorang pun yang sedar! Ish ish ish...
- Ironinya pula sebelum Subuh tadi dalam jam 5 pagi Mommy dah kejutkan Master, tapi awal benarlah pula.
- Nampak gaya Master kena ambil cuti mengejutlah pagi ini, kali kedua dalam minggu ni, sudahlah cuti tak berapa nak ada.
- Bila difikirkan memanglah marah kenapa boleh jadi begini? Tapi ini semua ketentuan Allah SWT. Kita dah usaha macam-macam, tidur awal, set penggera, tapi kalau dah takdir-Nya begitu, kenalah terima.
- Apabila difikirkan apakah sebabnya semua itu berlaku, kita takkan terfikir sebabnya kerana pernah dikatakan oleh cikgu Tedi, "perancangan Allah SWT itu adalah pelik"
- Kita hanya akan mampu fahami rasionalnya apabila kita mendapat jawapan sama ada melalui wahyu (al-Quran & hadith) atau kita sendiri menerima kesannya (pengalaman).
- Macam kes kami ini, adakah Allah SWT menggesa kami agar mengambil satu bungkusan pos di Pejabat Pos Salak Tinggi seperti notis yang kami terima semalam?
- Atau adakah berlaku sebarang kecelakaan di jalanan?
- Atau ini atau begitu?
- Kita takkan pernah dapat menduganya.
20160412

Ulasan