• Pemain yang telah jaringkan 9 gol buat Newcastle itu gagal hasilkan gol sejak Januari.
  • Dia juga tidak bermain dengan baik beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya apabila beraksi di tempat lawan.
  • Bagaimanapun, Rafa Benitez, kelihatan tidak mahu gugurkan Wijanldum daripada kesebelasan utama, mungkin kerana dia adalah kapten PSV Eindhoven yang menjuarai Eredivisie musim lepas.
Wijnaldum pemain tengah Newcastle, Liga Perdana Inggeris, rebut bola dengan pasukan lawan.

Apabila ditanya berkenaan prestasi Wijnaldum, Benitez menjawab: “Apabila kamu punyai pemain dengan pengalaman antarabangsa, pemain yang boleh memberikan kelainan, kamu pastinya mahu lihat mereka menangi perlawanan. Apabila kamu perhatikan dia dalam latihan, kamu akan nampak dia punyai banyak kualiti yang boleh membawa perbezaan. Kami akan bantu dia melakukannya.”

  • Wijnaldum telah berubah daripada Pemain Terbaik Tahunan Belanda yang menjaringkan 9 gol pada awal musim kepada seseorang yang tidak dikenali.
  • Tapi dalam perlawanan yang sengit sebegini, pastinya dia mahu pertingkatkan diri, dan selamatkan pasukannya daripada penyingkiran.
  • Pengalamannya akan menjadi kunci.

20160419 11:17