Secara teorinya, manusia boleh mencapai kelajuan 40 batu sejam atau 64.3738 kilometer sejam seperti yang pernah dikaji oleh Southern Methodist University pada 2010.

Teori ini berdasarkan daya maksimum yang boleh dikenakan oleh kaki pelari ke atas tanah.

Usain bolt manusia terpantas di muka bumi.

Rekod larian terpantas adalah 44.64 kilometer sejam (12.4 meter per saat atau 27.8 batu sejam),  dicipta oleh Usain Bolt dalam perlumbaan final 100 meter  di World Championships, Berlin pada 16 Ogos 2009  (purata laju di antara meter 60 dan 80 yang dicapainya dalam 1.61 saat).

Usain Bolt hanya capai separuh daripada kelajuan yang boleh dicapai oleh manusia.

Artikel lain yang berkaitan: Lima kali ganda lebih pantas berbanding Usain Bolt

Artikel ini dilabelkan sebagai: kelajuan Usain Bolt

20160418