Aduh.. Sakitnya nggak bisa login
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Puaslah Tedi nyah-ralat tadi, sangkakan salah setting akaun pengguna pangkalan data, tetapi rupa-rupanya akaun tu tidak diberikan akses sebagai pemilik pangkalan data.
- Alhamdulillah dapat juga temui punca masalah.
- Tak teringat langsung bahawa setting pada pangkalan data pun kena bebetul.
- Tambahan pula ini adalah projek pertama yang Tedi sediakan pengguna baru selain daripada akaun pengguna super yang biasa digunakan dalam projek sekolah kami.
- Malam ni dah berjaya skip login yang menggunakan perkhidmatan LDAP, kiranya macam back-door la ni, tapi guna pintu depan, hehehe.
- Walaupun agak penat setelah berjaya menewaskan Mommy dalam permainan bowling siang tadi, dituruti lawatan ke TESCO Nilai untuk mencari bahan-bahan cheesecuit, terpaksa Tedi sambung kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat...
- Okaylah, nak tolong Mommy pukul adunan cheesecuit sekejap.
~~20150607~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Ulasan