Kereta mati 6 kali dalam perjalanan!

Dugaan Perjalanan 100 Kilometer

Hari ini sepatutnya Tedi bersekolah petang, dan pada waktu paginya Tedi temani Master ambil kereta di bengkel.

  • Kereta yang mana? Proton SAGA BLM 1.3 MT tu lah.
  • Master hantar kereta tu pada Sabtu lalu kerana nak tukar cakera klac (clutch plate).
  • Setelah ambil kereta pada jam 11 pagi, kami bergegas ke Bandaraya Kuala Lumpur.
  • Tapi kami mula mengalami masalah setelah tiba di bandar tersebut apabila kereta kami tiba-tiba mati.
  • Matinya tiadalah tersengguk-sengguk, tapi apabila perlahan di satu-satu tempat, tiba-tiba sahaja ia senyap, rupa-rupanya enjin mati.

Nasib baik ia tidak berlaku semasa dipandu laju. Oleh sebab itu, Master mengambil keputusan untuk berpatah balik sejauh 50 kilometer dari Bangsar semata-mata untuk menghantar kereta itu ke bengkel kereta yang terletak di Salak Tinggi semula.

Pemeriksaan Mekanik

Bayangkan kami mengembara sejauh 100 kilometer hari ini semata-mata pergi dan pulang, tak sempat melaksanakan apa-apa urusan. Setibanya kami di bengkel, si mekanik mula menguji Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM itu menggunakan satu alat elektronik.

Throttle Body Kotor & Penalaan (Tuning)

  • Rupa-rupanya throttle body kereta Mommy itu terlalu kotor dan perlu dibersihkan.
  • Mekanik itu kata sebab enjin kereta baru ditukar nada (tuning), jadi iramanya berubah, jadi ia dah tak serasi dengan kekotoran tersebut.
  • Nasib baik percuma sahaja dia bersihkan, tak rasa sakit hati sangat.
  • Harapan kami semuanya okay kerana kereta itu sahaja alat pengangkutan yang kami ada pada zaman harga minyak mahal ni.
⌂ Home

Popular