Menari... meminta... yong tau foo
Hari ini satu kelas sibuk menari.
- Sebabnya hari Sabtu nanti sekolah kami ada persembahan sempena Hari Sekolah.
- Kelas Tedi buat lakonan drama hantu dan ada sedikit tarian.
- Letih jugalah nak menari, kelam-kabut kami semuanya.
- Pada esok hari, kami nak kena buat raptai persembahan di hadapan ahli jawatankuasa Hari Sekolah, di mana semua kelas terlibat.
Hari ini Tedi keletihan
- Kelam-kabut selain menghadiri latihan tarian, Tedi kena juga siapkan kerja sekolah.
- Tadi ada isu baru pula apabila Kelas 7 memaklumkan bahawa kami tak boleh gunakan FTP, kena tukar kepada sFTP.
- Lebih malang lagi apabila pustaka yang Tedi gunakan selama ini tampak tidak menyokong sFTP.
- Puas Tedi cari pustaka baru namun semuanya kena beli.
- Jadi Tedi menguar-uarkan kepada satu kelas meminta bantuan mereka jika mereka ada pustaka yang sesuai dengan kerja sekolah Tedi itu.
- Esok Tedi akan berdiskusi dengan mereka dan semoga kerja Tedi siap esok.
Bang, dua ringgit bang...
- Jam 2 (dua) petang, Tedi sertai Master pergi makan tengahari di kawasan rumah pangsa di belakang Angkasapuri.
- Semasa tunggu pesanan Master dan kawan-kawannya sampai, tiba-tiba sahaja ada seorang pemuda datang.
- "Bang, dua ringgit bang... nak makan... lapar"
- Kami tengok pemuda itu macam okay sahaja fizikalnya.
- Kawan Master sedekah seringgit, sebelum Tedi melihat pemuda itu beredar dan memperolehi beberapa ringgit lagi daripada manusia yang lalu-lalang.
- Master mengisi perutnya dengan Nasi Kerabu Daging, manakala kawan-kawannya ada yang makan Nasi Ayam dan Nasi Campur.
- Tedi hanya menelan air liur...
Merayau di Pasar Malam Pantai Dalam
- Balik sahaja dari sekolah, kami singgah di Pasar Malam Pantai Dalam kerana Mommy nak cari yong tau fu.
- Semasa menunggu pesanan kami siap ada seorang pakcik buta datang nak membeli Yong Tau Fu juga.
- "Kuih apa ni dik?"
- "Yong Tau Fu, pakcik"
- "Bagi lima ringgit", pesan pakcik tu sambil mengira duit seringgit-seringgit di tangannya. Macam mana dia kenal duit seringgit tu, itu kelebihan dia.
- Berbanding pemuda yang Master dan kawan-kawannya jumpa siang tadi, pakcik itu tidak meminta dan hanya menunggu pesanannya siap.
- Peniaga itu juga Tedi lihat menyediakan Yong Tau Fu yang Tedi kira lebih daripada Lima Ringgit Malaysia nilainya untuk pakcik tu.
- Begitulah dua rupa manusia yang memerlukan, satu meminta-minta manakala satu lagi menyembunyikan kehendaknya, seperti apa yang diajar kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya. Kedua-duanya Rasulullah layan dengan baik. Sama juga buat kita, jika tak memberi tetapi kita beradab kepada mereka, adalah lebih baik daripada kita memberi tetapi duk mengungkit sehingga mencalarkan perasaan mereka.
- Jam 10.00 malam baru bergerak balik.
- Sampai rumah terus Tedi terlelap, sebab tu Tedi terjaga masa ni... hehe...
- Yong tau fu tu Tedi tak sempat makan lagi.
Ermm.. ini bukan cerita hari ni dah ni... ini cerita semalam...
20141030






Ulasan