[T13I16] Di pasar malam Puchong Prima
16 September: Hantar Sakinah ke rumah Mak Ngah Zira, singgah sebentar di pasar malam Puchong Prima.
| Tedi tak selalu ke pasar malam, dan Tedi agak kagum melihatkan sayur-sayuran yang pelbagai dan kelihatan segar. Tedi juga terfikir dari mana sayur-sayuran ini datang? |
| Sama juga dengan ikan dan daging, Tedi kagum memikirkan bagaimana mereka masih berkeadaan segar? |
- Kami ke pasar malam tu bukanlah nak membeli sangat pun, cuma sekadar melihat-lihat tempat orang.
- Baguslah pasar malam tu kelihatan sibuk dan meriah, menunjukkan kegiatan ekonomi yang memberangsangkan.
- Kebanyakan pengunjung adalah warga asing yang menetap di Malaysia, mungkin menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan harga murah dalam pembelian berbanding warga Malaysia?
- Kehadiran warga asing ini ternyata menyumbang kepada kegiatan ekonomi seperti ini dan para peniaga tentunya bersyukur dengan kehadiran mereka.
- Tedi tiada masalah dengan kehadiran mereka di bumi Malaysia ini jika mereka tidak mendatangkan masalah. Lagipun bukannya kita bayar mereka jutaan ringgit Malaysia seperti 2 ekor panda China yang dibawa khas ke Malaysia.
- Semoga aktiviti ekonomi sebegini terus rancak di Malaysia.
20130916
Ulasan