Singgah sebentar di Felda Lui Muda
4 Mei 2014: Selepas penat merayau mencari homestay sehingga ke Lui Selatan, singgah sebentar di Lui Muda untuk mengalas perut.
- Felda Lui Muda adalah sebuah tanah rancangan Felda yang agak kecil berbanding jiran-jirannya di DUN Lui.
- Tedi tak pasti sama ada telahan ini benar kerana Tedi hanya melihat secara luaran sahaja.
- Seperti Felda Lui Barat, Felda Lui Muda ini terletak di laluan strategik Kemayan - Bahau, nama jalan tu mungkin jalan Kemayan - Gemas.
- Seperti biasa dek kerana ia strategik, maka kedai di tepi jalan adalah satu fenomena biasa.
- Lui Muda juga mempunyai stesen minyak Shell yang agak usang, berbanding jiran-jirannya yang tiada stesen minyak.
- Deretan kedai ini jika ditambahbaik contohnya dengan kawasan yang luas untuk memberhentikan lori, mungkin akan menjadi tumpuan para pemandu berhenti rehat.
- Malangnya buat masa sekarang deretan kedai-kedai ini tidak semeriah mana.
| Deretan kedai yang tiak meriah ini mungkin akan menjadi penghalang utama kepada calon pelanggan yang terdiri daripada kalangan pemandu untuk berhenti rehat. |
20140514
Ulasan
selamat maju jaya.. rugi kalau terbiar macam tu saja sebab Lui Muda terletak bebetul di tepi jalan macam Felda Lui Barat.