Pada 8 April lalu Master menghantar pulang kereta kawannya yang dipinjam.

Kereta Proton Savvy AMT itu mengalami masalah lampu isyarat gear auto bernyala yang disyaki berpunca daripada kerosakan accummulator.

Hendak dijadikan cerita, semasa memandu kereta tu, gear lima tiba-tiba sahaja jadi gear neutral. Kejadian itu berlaku dua tiga kali.

Kemudian sampai sahaja di rumah kawan Master tu, selepas berhenti, kereta tu dah tak boleh masuk gear dan ada bunyi pelik, krak krak krak... lebih kurang.

Adus, kesian kereta tu, entah apalah yang Master dah buat sampai jadi macam tu?

Mungkin ada hikmahnya kereta tu rosak di rumah tuannya, dan Tedi masih berharap bahawa masalah itu adalah sementara sahaja.

Ini adalah bacaan Tedi mengenai masalah Savvy kawan Master tu:

  1. Gear 5 (lima) bertukar kepada gear neutral (free)
    1. cuma untuk AMT, signal dari speed sensor amat diperlukan oleh TCU bagi melengkapkan program proses pertukaran gear.Jika tiada data berkenaan kelajuan kereta tersebut, TCU akan menjadi pincang tugas, dan kadang2 gear akan bertukar ke 'N' dengan sendirinya, atau kereta akan jerking.. tk
  2. Bunyi beep
    1. Kereta masuk air. (http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=102242)
    2. Klac terlebih panas (https://forum.lowyat.net/topic/2193189/+340)
14 April 2014