Mula yakini kewibawaan berita asing.
Sebelum ini Tedi sangkakan berita asing hanya memaparkan propaganda
Ini adalah kerana agensi berita asing selalunya akan mendedahkan sesuatu berita dengan memaklumkan bahawa maklumat mereka itu diperolehi daripada "sumber yang boleh dipercayai".
Sumber mereka itu selalunya akan dirahsiakan.
Contohnya dalam kes MH 370, mereka kata maklumat diperolehi daripada Pegawai Tentera atau Pegawai Kerajaan Malaysia.
Tapi identiti mereka dirahsiakan sehingga Tedi tak tahu sama ada maklumat itu diperolehi daripada pegawai atau hanya kakitangan bawahan? Entah-entah maklumat daripada makcik cleaner, kita pun tak tahu.
Tetapi tarikh 20140316 telah mengubah sangkaan Tedi itu.
Tapi apabila semalam pakcik Najib Razak memaklumkan melalui sidang media bahawa MH 370 telah dipandu dan transponder dimatikan oleh individu dengan tujuan tertentu, tapi masih belum dipastikan sama ada MH 370 dirampas, maka Tedi mula yakin dengan berita asing.
Kenapa?
Sebabnya apa yang dimaklumkan Perdana Menteri itu sudah berhari-hari Tedi baca dalam laporan berita luar negara.
Cuma mungkin Datuk Seri Najib Razak sedikit lambat memaklumkannya kerana terikat dengan protokol atau peraturan tertentu.
Agak Menggusarkan
Betapa bagusnya mengetahui kita boleh bergantung kepada sesuatu sebagai sumber berita yang boleh dipercayai. Tetapi hakikat agensi berita luar negara boleh mendapatkan sumber yang nadanya sama dengan apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri itu agak menggusarkan.
Adakah pegawai-pegawai di Malaysia ini tidak boleh menyimpan rahsia? Atau adakah mereka mengutamakan kepentingan peribadi?
Wallahu'alam.
20140316

Ulasan