Belanja RM 306,248.41 untuk pembedahan agar serupa dengan Justin Bieber
Kerana minat sangup lakukan apa sahaja?
Tidak terkecuali juga kepada seorang peminat Justin Bieber yang benar-benar menggilai penyanyi muda itu.
Encik Toby Sheldon, 33-tahun daripada Los Angeles, seorang pencipta lagu, seorang lelaki (Tedi sangkakan hanya kaum perempuan sahaja meminati Justin Bieber), dilaporkan sanggup membelanjakan US$97,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi menjadikan rupanya seakan-akan bintang pop remaja itu.
Pembedahan itu melibatkan usaha melebarkan bahagian sisi mulutnya.
Dia memaklumkan bahawa mulutnya mengambil masa sebulan untuk pulih, matanya pula tidak dapat dibuka selama seminggu selepas pembedahan.
Kawan-kawannya "memuji" usahanya itu dan memanggilnya Tony Bieber.
Ulasan
ish..ish..ish..