Lemur akan pupus tidak lama lagi jika tiada bantuan tiba.
- Lemur, haiwan primat yang tinggal di kawasan hutan di tempat-tempat seperti Madagascar, adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia.
- Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan, kerana pembalakan berleluasa, perlombongan dan juga pemburuan.
"Ia adalah lebih mudah untuk menangkap Lemur daripada burung," - ahli primatologi, Tovonanahary Rasolofoharivelo.
- Jika sesuatu tidak dilakukan tidak lama lagi untuk membantu orang-orang miskin di negara ini mencari jalan lain untuk menyara hidup ini, Lemur akan pupus dalam 20 hingga 25 tahun akan datang, menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).
- IUCN mendakwa bahawa dengan kira-kira $10 juta, program boleh dirancang bagi penduduk tempatan menjana pendapatan, seperti menanam kacang atau penternakan babi dan ayam, untuk menyediakan pilihan lain kepada aktivit penebangan hutan.
Sumber bacaan Tedi:
20130822

Ulasan