Tedi pernah menangis
Sesiapa pun pernah menangis, seekor Tedi pun tak mustahil untuk menangis.

Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terkenangkan dosa-dosa lalu
TuhanTedi pernah menangis
Apabila terkenangkan perjuangan, kesusahan, ketabahan Rasul-Mu
Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terkenangkan pengorbanan mereka yang Tedi kasihi
Sama ada mereka ahli keluarga atau saudara satu aqidah
Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terfikirkan ajal yang sudah pasti tapi tak tentu
Tuhan
Tedi mahu menangis
Menangis selalu menagis semahu-mahu
Bukan semata menangis kerana mahu
Tapi menangis kerana Rahmat-Mu
Tuhan
Tedi telah lama tidak menangis
Adakah kerana kurang ilmu?
Atau kerana hati yang membeku?
Tuhan
Tedi pernah menangis
Tedi ingin menangis
Semoga tangisan itu bisa memadam api neraka-Mu
Ampunkan Tedi wahai Tuhan
20130603
kekadang menangis tetapi air mata xkuar..huhu
BalasPadamwah, menangis dlm hati ka?
BalasPadamBlog tedi sama tema penulisannya dengan blog saya, saya cube mengetengahkan tema nasihat yang kebanyakkannya orang kurang gemar.
BalasPadamSaya cuba memahami agama ini dan berkongsi, saya bukanlah ahli agama, tetapi saya cuba untuk berkongsi melalui apa yang sy belajar...Insyaallah
hehe, ini la yg selalu manusia salah faham. blog Tedi ni adalah 1 diari yg Tedi main conteng jer apa Tedi nak.
BalasPadamKalau ada unsur2 nasihat tu, itu adalah nasihat buat diri Tedi, kalau ada unsur2 memujuk tu, itu pun buat diri Tedi. :)
Cuma kalau bab bacaan luar yg Tedi baca tu, Tedi share sekali la, mana tau kaum manusia sudi baca pandangan Tedi yang daif ini. :)