Tedi pernah menangis

Sesiapa pun pernah menangis, seekor Tedi pun tak mustahil untuk menangis.

Tidak salah untuk menangis jika kena tempatnya. Menangis yang benar, akan melembutkan hati. Menangis kerana cintakan dunia hanya membawa sengsara.
Beza yang jelas dapat dilihat di antara tangisan ketika sujud menyembah Allah subhanahu wa ta'ala, atau tangisan ketika menonton cerita cinta hindustan.
Gambar Fara Fauzana tidak jadi kahwin dengan Hafiz.

Tuhan

Tedi pernah menangis

Apabila terkenangkan dosa-dosa lalu

TuhanTedi pernah menangis

Apabila terkenangkan perjuangan, kesusahan, ketabahan Rasul-Mu

Tuhan

Tedi pernah menangis

Apabila terkenangkan pengorbanan mereka yang Tedi kasihi

Sama ada mereka ahli keluarga atau saudara satu aqidah

Tuhan

Tedi pernah menangis

Apabila terfikirkan ajal yang sudah pasti tapi tak tentu

Tuhan

Tedi mahu menangis

Menangis selalu menagis semahu-mahu

Bukan semata menangis kerana mahu

Tapi menangis kerana Rahmat-Mu

Tuhan

Tedi telah lama tidak menangis

Adakah kerana kurang ilmu?

Atau kerana hati yang membeku?

Tuhan

Tedi pernah menangis

Tedi ingin menangis

Semoga tangisan itu bisa memadam api neraka-Mu

Ampunkan Tedi wahai Tuhan

Dan kini Tedi terasa nak menangis kerana tak siap kerja sekolah. Tiada siapa untuk dipersalahkan kerana Tedi telah diberi ruang & peluang, jika masih tak kesampaian, itu kesilapan Tedi dalam melaksanakan.

20130603

Ulasan

  1. kekadang menangis tetapi air mata xkuar..huhu

    BalasPadam
  2. Blog tedi sama tema penulisannya dengan blog saya, saya cube mengetengahkan tema nasihat yang kebanyakkannya orang kurang gemar.

    Saya cuba memahami agama ini dan berkongsi, saya bukanlah ahli agama, tetapi saya cuba untuk berkongsi melalui apa yang sy belajar...Insyaallah

    BalasPadam
  3. hehe, ini la yg selalu manusia salah faham. blog Tedi ni adalah 1 diari yg Tedi main conteng jer apa Tedi nak.
    Kalau ada unsur2 nasihat tu, itu adalah nasihat buat diri Tedi, kalau ada unsur2 memujuk tu, itu pun buat diri Tedi. :)
    Cuma kalau bab bacaan luar yg Tedi baca tu, Tedi share sekali la, mana tau kaum manusia sudi baca pandangan Tedi yang daif ini. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Catatan popular daripada blog ini

[t23h26] Peribahasa Berkaitan Melancong

[t23b21] Apakah Keburukan E-Dompet?

[t23j30] Punca Kerosakan Tayar Kereta