Sekarang hampir jam 3 pagi. Master dalam bas Ekspress Sani menanti masa untuk bergerak.

Baru sahaja tadi Master terserempak dengan pakcik Nazree dan makcik Siti Suhaila, kawan lama projek UMK Pengkalan Chepa dulu.

Mereka dalam perjalanan pulang dari UTHM atas urusan kerja.

Setelah berbual agak lama, Master membeli roti dan minuman. Belum sempat habiskan minuman, bas Ekspress Sani laluan MKB11 memanggil untuk sambung perjalanan.


Bas sudah bergerak. Tadi Master lena keletihan, tapi kini nampak Master sukar lelapkan mata. Agak tidak selesa dalam bas Ekspress Sani ni, Master rasa tersepit apabila kerusi depan direbahkan, menyebabkan Master kesian pula kepada penduduk di belakang ketika nak rebahkan kerusi beliau.

Mujur kerusi solo di sebelah Master tiada penumpang, bolehlah Master menumpang duduk.

20190629