Murid sekolah rendah bacakan buku untuk haiwan di pusat perlindungan.
Budak-budak sekolah zaman sekarang punyai banyak pilihan bagaimana menghabiskan masa lapang mereka.
![]() |
| Semua pemelihara haiwan perlu menuruti jejak langkah mereka. Mana suatu hari nanti semua haiwan ni boleh masuk U. |
Ramai daripada mereka menghabiskan masa melayan gajet2 canggih mereka yang terkadang lebih canggih daripada gajet Tedi. Huh!
Namun budak-budak sekolah di Hamilton mungkin boleh dijadikan contoh apabila meluangkan masa mereka untuk melawat haiwan-haiwan di pusat perlindungan.
Bukan setakat melawat, malahan mereka turut membacakan buku untuk haiwan-haiwan tersebut.
![]() |
| Khusyu' betul anjing ni dengar cerita. Mesti cerita Transformers ni... |
Budak-budak itu menyertai Keystone to Discovery Afterschool Program, di mana mereka meluangkan 1 hari dalam seminggu untuk membacakan buku kepada anjing dan kucing di Bitter Root Humane Association.
"Kami mendapati suara mereka menenangkan anjing-anjing dan kucing-kucing itu," - Ria Overholt, pengarah Keystone.
![]() |
| Macam tension lak Tedi tengok anjing ni, hehe. Mesti budak ni bacakan novel jiwang ni, sebab tu anjing ni boring. |
Sementara itu, budak-budak sekolah itu mendapati program itu membantu meningkatkan kemahiran mereka membaca.
Hamilton kids calm shelter cats and dogs by reading to them 13 Jun 2013



Ulasan