Kembara ke hostel Universiti Sains Islam Malaysia

Tadi Mommy bawa Tedi ke hostel Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Impian.
"Mengimbau memori di bandar Lake Garden."

Jalan nak ke Nilai Impian ni adalah sejalan dengan jalan ke Nilai 3 yang terkenal di kalangan orang Kuala Lumpur sebagai syurga membeli-belah barang-barang seperti kelengkapan perkahwinan, kain baju, langsir, permaidani / karpet, dan juga perabot kayu jati.

Kembara ke Tesco Nilai

Tedi tak tahu la apa nama Tesco ni, tapi Tedi panggil Tesco Nilai jer la. Terletak di Bandar Baru Nilai dekat dengan bulatan. Kawasan situ ada macam-macam seperti pusat membeli-belah Giant, hotel-hotel, dan banyak pusat pengajian tinggi.

Master bawa ke sana sebab Mommy dan adiknya mahu shopping.

Di Tesco Nilai ni Tedi suka ke bahagian TV jenama Samsung, sebab mereka ada pasang satu klip video yang tajuknya mungkin "Emergency" yang menunjukkan macam-macam cara manusia di seluruh bantuan menghadapi kecemasan atau menghantar bantuan kemanusiaan.

Penghantaran bantuan itu pula bukan calang-calang kerana menggunakan pesawat pengangkut tentera yang sungguh besar dan canggih, selain menggunakan helikopter dan kapal-kapal.

Bencana yang dirakam pula adalah seperti banjir, tsunami, kebakaran dan kemalangan semasa mendaki.

Video tu pendek sahaja namun nak tunggu video itu keluar sungguh lama kerana ada klip video mengenai tarian, orkestra dan lain-lain.

Tedi nak jadi askar?

Apabila Tedi menonton klip video itu, Tedi rasa bila besar nanti Tedi nak jadi askar yang bawa kapal terbang. Kalau tak dapat kapal terbang, helikopter pun boleh. Kalau tak boleh jugak, bagi la Tedi drive kapal perang tu....

Malaysia kurang filem-filem ketenteraan?

Terfikir juga Tedi kenapa Malaysia kurang filem mengenai ketenteraan? Menjadi satu kerugian buat Malaysia apabila tak keluarkan filem2 sebegitu. Tak dapat filem, drama pun cukup la.

Tapi jika ada pengarah yang benar2 nak keluarkan filem sebegitu, sila la buat betul2 pasal ketenteraan. Jangan nanti jadi filem romantik berlatarbelakang ketenteraan. Tedi selalu tonton filem perang China, takda pula unsur2 romantik sebaliknya unsur persaingan untuk menjadi tentera terbaik yang selalunya berakhir dengan persahabatan.

Malaysia aman, kenapa perlu filem ketenteraan? Nak cerita pasal apa?

Filem ketenteraan bagi Tedi akan:
  • menyerap semangat soldadu ke dalam jiwa rakyat Malaysia.
  • menyerap rasa bangga dalam jiwa tentera
  • menyerap rasa kagum & ingin jadi tentera kepada anak muda.
  • menunjukkan kecanggihan peralatan yang kita ada.
  • menunjukkan kecekapan tentera Malaysia.
Filem adalah terjemahan kepada harapan bangsa, jadi sepatutnya filem Malaysia patut juga menunjukkan apa yang kita harap pada tentera Malaysia iaitu tentunya kita mahu mereka menjadi hero seperti Rambo!

Tapi jangan la buat cerita yang penuh dengan dialog, sebaliknya tunjukkan kehidupan sebenar tentera. Buat sehingga penonton dapat hayati perasaan sebagai tentera. Buat sehingga bila habis cerita penonton kata, aku nak jadi tentera!

Sebaliknya filem Malaysia kononnya ketenteraan tapi penuh dengan krisis percintaan, kalau bercinta kena la banyak cakap, sehinggakan bila habis cerita orang kata, "ini tentera?".

Sebagai contoh ada drama pasal pemandu jet pejuang, rupa-rupanya cerita jiwang jer, nak tengok bayang jet pejuang pun susah! 

Mungkin susah la nak berlakon guna jet pejuang, tapi cari la alternatif contohnya masa mereka buat eksesais (latihan) tu kerjasama la dengan mereka untuk rakam, lepas tu selit la dalam drama/filem. Kalau berlakon bercinta sambil tawaf Kaabah tu boleh la pulak? Pening Tedi fikir macam mana la manusia ni shooting di Kaabah?

Komen Tedi?

Tiada komen, Tedi nak pergi mandi.

Rujukan untuk kawan-kawan:


20130601