Master... pakai macam Mommy.. baru la matching! | 20130518
Bila Isteri Kata: "Abang, Pakai Baju Yang Ini..."
Ah sudah, terbaca lagi entri Diana Rashid. Tak apa la, kali terakhir baca yang ini.
Nak tambah sedikit ulasan untuk entri tersebut yang bertajuk "ABANG..PAKAI YANG INI....".
Adat Pasangan Memakai Baju Sedondon
Sudah menjadi adat untuk pasangan mahu mengenakan pakaian yang sepadan iaitu selalunya sama warna, jika tidak sama corak, atau sama tema. Tetapi seringkali terjadi cuma golongan wanita sahaja yang mahu kenakan pakaian yang matching dengan pakaian pasangan mereka.
Bagi lelaki pula mereka akan bersiap dan selalunya kenakan apa yang selesa dipakai, sehinggalah tiba-tiba si isteri berkata, "Eh abang... pakai yang ini."
Master selalu kena isu ini bila Mommy suruh pakai baju sama warna.
Master sebenarnya tiada masalah kalau nak pakai baju sama warna, serupa dengan apa yang Mommy pakai.
Masalah Utama Suami Siap Awal
Adatlah kan, Master siap lebih awal daripada Mommy.
Mommy baru nak mandi, Master dah siap pakai baju... cuma belum sikat rambut sahaja.
Bila Mommy nampak sahaja Master, "Abang, kenapa pakai baju tu?"
Hahaha!
"Tukar, pakai baju warna bla bla bla."
Kalau Master tak nak tukar, Mommy akan kata, "Owh, dah kawin tak nak dah pakai baju matching?"
Hahaha!
Master ikut sahaja, tapi dalam hati siapa yang tahu?
Kalaulah nak pakai matching pun, janganlah masa Master dah siap baru disuruh tukar. Mommy yang patut cari baju yang matching dari awal, ini Master pula yang kena tuduh macam-macam.
Dahlah, kalau Mommy terbaca diari Tedi ini, habislah...
Ulasan