Master tadi tiba-tiba sahaja marah-marah. Dia kata dah kena tipu.

http://www.carsifu.my/cars/proton/persona

Ini semua disebabkan komen2 orang dalam Facebook.com yang menyatakan bahawa kereta Proton Persona (rujuk gambar di atas) di Thailand hanya berharga di sekitar Tiga Puluh Ribu Ringgit sahaja! 

Master kata kalau di Malaysia jangan harap la dapat kereta tu dengan harga sebegitu.

Betul ke semua tu?

Tak kisah la. Itu bukan masalah Tedi.

Mengikut satu tangkap layar laman Facebook, Zulmas Mfc Dan Mpr menyatakan bahawa "di Thailand Proton Persona RM 30000 sahaja! Rakyat Malaysia yang bayar cukai keliling pinggang beli Persona dengan harga atas jalan 60000! Boleh dapat 2 buah kereta Persona!"
Komen oleh Ijam Kulaan pula bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

Pening juga apabila memikirkan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa beli dengan harga lebih mahal berbanding rakyat Thailand sedangkan kereta Proton Persona itu keluaran Malaysia? Tak tahulah apa kalkulator yang digunakan.

Tidur lagi sedap, kan?

gambar seekor teddy bear sedang berselubung dalam selimut
Tido lagi best la Master. FB tu nipu je tu...

20130503