Mammoth - yang dikatakan datuk nenek Sang Gajah dikatakan pupus kerana kesan perubahan cuaca akibat perlanggaran kosmik pada penghujung Zaman Ais.

Wooly Mammoth
http://true-wildlife.blogspot.com/2011/04/woolly-mammoth.html

Kemalangan yang dikatakan berlaku pada 12,800 tahun dahulu itu membakar udara & mencairkan batuan dasar bumi.

Tapi apa yang terjadi masih tak dapat dipastikan, mungkin terjadi peristiwa kebakaran besar-besaran akibat:

  • Pergeseran komet dengan atmosfera, atau
  • Meteorit melanggar permukaan bumi.
Sang Gajah, adakah cucu-cicit Sang Mammoth?
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Elephant_side-view_Kruger.jpg

Kenneth Tankersly mengatakan ini adalah permulaan penamat-zaman-ais.

"Iklim berubah dengan cepat dan sangat mendalam, sekaligus menyebabkan kepupusan besar-besaran.", jelas beliau.

Dia menemui bukti kukuh untuk menyokong teori "sesuatu menghampiri bumi cukup untuk mencairkan batu dan menghasilkan beberapa fenomena menarik geologi"

100 kaki di bawah permukaan Sheriden Cave di Wyandout County, Ohio, Tankersley telah mengkaji lapisan geologi yang bertarikh 13,000 tahun dahulu (tempoh masa Younger Dryas).

12,000 tahun sebelum Younger Dryas, bumi berada pada tempoh Last Glacial Maximum, iaitu kemuncak Zaman Ais.

Beribu tahun berlalu dan cuaca mula bertukar panas, kemudian sesuatu berlaku yang menyebabkan cuaca terbalik arah & menyimpan khazanah iklim hampir-air yang menandakan permulaan tempoh Younger Dryas. Mudahnya dikatakan cuaca memanas, tumbuhan kecil mula subur, kemudian perubahan cuaca kembali sejuk & membekukan tumbuhan2 itu.

Penemuan utama adalah sfera karbon yang terhasil apabila sesuatu bahan terbakar pada suhu tinggi. Ia akan mempunyai ciri2 unik berdasarkan bahan asalnya. Sfera karbon yang ditemui itu menunjukkan asalnya adalah daripada pembakaran batu.

Pemahaman Tedi & persoalan:

Memang pening apabila baca sejarah beribu tahun ni.

Apa yang Tedi faham:
  1. Mammoth masih hidup pada tempoh Last Glacial Maximum
  2. 12,000 tahun selepas Last Glacial Maximum, cuaca mula panas, Younger Dryas bermula (13,000 tahun dahulu)
  3. Perubahan cuaca berlaku, khazanah Younger Dryas tersimpan (kemungkinan membeku).
  4. Perlanggaran kosmik berlaku pada 12,800 tahun dahulu
  5. Tanskerley jumpa khazanah itu di Sheriden Cave.
Persoalannya, 
  1. Adakah Sang Gajah cucu-cicit Sang Mammoth?
  2. Jika benar, adakah Sang Mammoth itu mengecil dan menjadi Sang Gajah?
  3. Jika tidak, adakah Sang Gajah berada di bahagian lain bumi yang tidak menerima kesan?


Rujukan:




20130522