Grumpy Cat sedia untuk berlakon dalam filem sendiri

Muka bermuram durja, tapi mata bersinar dek prospek kerjaya sebagai bintang filem.
Grumpy Cat on the way!

Grumpy Cat, ratu kucing muram Facebook, nampaknya sudah bersedia untuk mempunyai filem sendiri.

  • Wah wah wah, nampaknya kawan Tedi, Grumpy Cat sang kucing muram bakal bergelar pelakon. Udahla jadi pelakon, filem tu mengenai dirinya sendiri.
  • Pemenang anugerah 2013 Meme of the Year di Webby Awards itu khabarnya sedang diintai syarikat produksi Broken Road melalui projek yang disusun bersama pengurus2 beliau (siap ada pengurus2, sungguh otai!)
  • Grumpy yang dipanggil Tardar Sauce oleh pemiliknya akan diberi kuasa bercakap ala-ala Garfield. (Tedi love Garfield si kucing gemuk!)
"Hanya bermula sebagai gambar kucing, namun anehnya ia mempunyai imej yang penuh jenaka." ~ Todd Garner daripada Broken Roda.
"Kami jangka akan dapat mencipta satu jenaka keluarga yang hebat di sekitar karekter ini."
  • Tarikan Grumpy tak boleh dinafikan, dia punyai 930000 "likes" dalam Facebook, 120000 orang melanggan akaun YouTube-nya. Dinamakan sebagai kucing paling berpengaruh oleh MSNBC dan meme terpenting tahun ini oleh Mashable pada tahun 2012.
  • Eleh, Tedi pun ada filem sendiri la, I'm Ted.

20130530
⌂ Home

Popular