Ini cadangan daripada fairladyshania berkenaan kawan Tedi yang hilang.

Kawan-kawan Tedi ni mungkin hilang semasa sedang bermain-main di luar kawasan rumah. Tuannya sedang sibuk mencari namun hampa.

Beliau meminta bantuan kawan-kawan dalam media sosial dan ini adalah salah satu cadangan kepada beliau di mana boleh dicari kucing-kucingnya yang hilang itu.

gambar seekor kucing Anggora Turkish berwarna kuning putih oren
Salam, pernah terjadi pada seorang rakan saya, kucing-kucing beliau telah ditangkap oleh Majlis Perbandaran atas aduan jiran-jiran yang mana kucing-kucing ini mengotorkan kawasan rumah mereka dan juga bau busuk. Majlis Bandaran akan menghantar kucing ke satu tempat khas. Di situlah tempat pelupusan. Untuk kepastian hubungi MPS.

Nota: untuk mendapatkan semula kucing-kucing akan dikenakan bayaran.

Jadi kepada kawan-kawan yang kehilangan kucing di kawasan taman perumahan mungkin boleh mencari kucing mereka mengikut panduan mencari kucing hilang tersebut.

Kita berusaha, Allah subhanahu wa ta'ala sahaja yang menentukan.

Semoga mereka dapat dijumpai dengan segera dalam keadaan selamat.

20130501